Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tukar kerjaya untuk teruskan cita-cita arwah ibu

Aug 01, 2021 | 05:30 AM



Sempena Hari Jururawat yang disambut di Singapura hari ini, BERITA MINGGU melaporkan tentang kisah dua individu yang menyertai Program Penukaran Profesional (PCP) dalam kejururawatan.



SEMASA sedang memburu diploma dalam sains farmaseutikal, Encik Hendra Roy Osland bekerja sambilan dalam jabatan hubungan tetamu di taman haiwan Night Safari.



Dek minatnya berinteraksi dengan orang, beliau secara lumrahnya memilih menceburi kerjaya dalam bidang pelancongan setelah tamat menjalani Perkhidmatan Negara (NS), dengan bekerja di syarikat Sentosa Development Corporation sebelum beralih ke Gardens by the Bay.



Walaupun kerjayanya dalam industri pelancongan berjalan rancak dan prospek pekerjaan serta manfaatnya baik, Encik Hendra merasakan ada sesuatu yang hilang dari segi kepuasan pekerjaan.



Encik Hendra, 29 tahun, merasakan beliau boleh melakukan lebih banyak lagi untuk membantu orang ramai secara lebih mendalam dalam kehidupan mereka, dan dari situ, membuat keputusan menukar kerjaya ke bidang kejururawatan.



Ini lebih-lebih lagi kerana beliau mempunyai latar belakang dalam penjagaan kesihatan.



"Saya memilih bidang kejururawatan dan bukan profesi penjagaan kesihatan lain sebagai dedikasi kepada arwah ibu saya yang meninggal dunia pada Jun tahun ini. Beliau melepaskan kerjayanya untuk membesarkan saya.



"Oleh itu, perjalanan ini lebih daripada sekadar memenuhi minat saya. Ini adalah saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dalam meneruskan cita-cita ibu saya," kata beliau.



Selain itu, Encik Hendra juga terdorong melihat jururawat dalam perjuangan mereka menentang pelbagai isu kesihatan setempat dan global, seperti Covid-19, Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars), dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers), dan terinspirasi dengan cara mereka mengutamakan pesakit walaupun jika ia bererti mereka lebih berisiko terdedah kepada sebarang patogen.



Untuk memenuhi aspirasinya itu, Encik Hendra menyertai Program Penukaran Profesional (PCP) bagi Jururawat Berdaftar (Sarjana Muda) yang ditawarkan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG).



Di bawah program itu, beliau mengikuti program sarjana muda sains (kejururawatan) selama dua tahun di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Namun, keputusan menukar kerjaya ke dalam bidang kejururawatan tidak mudah - gaji yang dibawa pulang berkurangan dan beliau harus memulakan semula kerjayanya.



Di samping itu, peranan jururawat juga satu tugas mencabar dan peserta PCP perlu kembali ke universiti untuk menyertai program pengajian sepenuh masa yang dipercepatkan - sesuatu yang amat menggentarkan bagi mereka tanpa latar belakang dalam penjagaan kesihatan atau sains.



Pada masa yang sama, isterinya melahirkan anak mereka ketika beliau baru saja memulakan PCP itu, sekali gus mengubah kehidupannya dan menambahkan cabaran kepada usahanya mengimbangi pengajian dan kerja syif semasa latihan klinikal.



Namun, selepas dua semester dan 12 minggu latihan klinikal, Encik Hendra berkata keluarganya kini selesa dengan keputusan beliau menukar kerjaya selepas melihat beliau menangani program dan peranan jururawat itu dengan baik.



Mengongsi antara pengalaman tidak dapat dilupakan sepanjang program itu, Encik Hendra menceritakan tentang satu kecemasan klinikal yang berlaku sekitar dua jam sebelum syif beliau yang pertama sekali berakhir semasa latihan klinikal baru-baru ini di hospital jagaan akut.



Seorang pesakit tidak berupaya dari segi mental, yang mengambil ubat penipisan darah, tidak berhenti-henti berdarah selepas beliau menarik kateter intravenanya.



Encik Hendra dengan segera lari untuk membantu pesakit itu dan menekan bahagian lukanya sambil menjerit untuk mendapatkan bantuan.



"Nasib baik masalah ini diketahui awal. Pesakit itu dalam keadaan stabil dalam masa sejam dan dapat bercakap seperti biasa keesokannya," kata beliau.



Bagi mereka yang ingin menukar kerjaya, Encik Hendra menggalak mereka melakukannya jika mereka yakin kerjaya baru itu adalah untuk mereka.



"Jika anda bimbang tentang memulakan kerjaya dalam industri baru sepenuhnya, saya harap ia meyakinkan anda bahawa saya ada rakan yang dahulunya pegawai bank, akauntan, jurutera, guru, pengeluar berlian makmal dan ramai lagi yang bukan karyawan penjagaan kesihatan.



"Malah, ada yang menunjukkan prestasi cukup baik untuk disertakan dalam Senarai Dekan!" kata beliau, yang bercita-cita menjadi jururawat pakar jantung atau pendidik kejururawatan.




"Saya memilih bidang kejururawatan dan bukan profesi penjagaan kesihatan lain sebagai dedikasi kepada arwah ibu saya yang meninggal dunia pada Jun tahun ini. Beliau melepaskan kerjayanya untuk membesarkan saya.

Oleh itu, perjalanan ini lebih daripada sekadar memenuhi minat saya. Ini adalah saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dalam meneruskan cita-cita ibu saya.

- Encik Hendra Roy Osland.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >