Topik diikuti
Pergi ke BHkuTerap nilai diamal arwah bapa dalam mendidik anak
Terap nilai diamal arwah bapa dalam mendidik anak
Terap nilai diamal arwah bapa dalam mendidik anak
CONTOHI ARWAH BAPA: Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, mencontohi arwah bapanya, Allahyarham Osman Ismail, dan arwah ibunya, Allahyarhamha Zalviah Mohamud dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. - Foto ihsan MOHAMAD MALIKI OSMAN -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jun 20, 2021 | 5:30 AM
BELIAU masih ingat bagaimana setiap minggu arwah bapanya akan membawanya ke pasar untuk mengambil kotak buah-buahan yang hendak dibuang untuk dibawa pulang.
"Arwah bapa saya akan membayar sedikit wang untuk mengambil buah-buahan itu bagi kami sembilan adik-beradik. Kami akan buang bahagian buah yang tidak boleh dimakan dan bakinya untuk dinikmati bersama," singkap Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman mengenai pengorbanan arwah ayahnya.
