Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tanggungjawab penting apabila jaga haiwan peliharaan

Nee Soon telah lancar beberapa daya usaha untuk urus situasi kucing di kawasan tersebut
Oct 26, 2022 | 05:30 AM



KUCING amat dekat di hati masyarakat Melayu.



Ramai dalam kalangan masyarakat Melayu suka haiwan peliharaan ini kerana ia bukan sahaja memberi kebahagiaan malah boleh menjadi sumber terapi yang membawa ketenangan.



Demikian dinyatakan Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) kepada Berita Harian baru-baru ini.



Dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai tinjauan perundingan awam antara Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk membina kediaman yang menyayangi kucing, Dr Faishal telah mengadakan sesi penglibatan masyarakat bersama penduduk Nee Soon.



Sesi itu melibatkan penjaga haiwan peliharaan masyarakat, dengan tujuan untuk meningkat kesedaran tinjauan tersebut dan pada masa yang sama mendapatkan maklum balas dan keprihatinan masyarakat berkaitan kucing-kucing.



Dr Faishal yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon menambah bahawa langkah sedemikian membolehkannya mendengar komen penduduk.



Di samping itu, ia turut membantu untuk terus mengorak langkah untuk bekerjasama dengan masyarakat bagi memperbaiki pengurusan kucing peliharaan di Singapura.



Antara isu yang diketengahkan adalah mengenai pemberian makanan kepada kucing terbiar secara tidak bertanggungjawab.



Misalnya, penjaga kucing masyarakat tidak membersihkan sisa-sisa makanan setelah kucing selesai makan.



Akibatnya, serangga lain berkumpul, seperti semut, lipas ataupun tikus.



"Justeru itu, adalah penting untuk kita harus bersikap lebih bertanggungjawab dalam penjagaan kucing masyarakat," ujarnya.



Menurut Dr Faishal, kawasan Nee Soon telah melancarkan beberapa daya usaha untuk mengurus situasi kucing di kawasan tersebut.



"Pada 2012, sebuah projek perintis pemilikan kucing, Project Love Cats (Projek Cinta Kucing), dilancarkan di Chong Pang.



Matlamat projek itu adalah untuk menguji rangka kerja pengurusan masyarakat untuk memastikan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab.



Di samping itu, pada masa yang sama untuk memupuk semangat kejiranan yang baik.



"Usaha rintis ini juga bagi menangani keprihatinan penduduk berhubung langkah seperti syarat pemilikan yang ketat dan rangka kerja pengantaraan yang kukuh melibatkan isu kucing.



"Kami berharap rangka kerja pengurusan kucing yang diusulkan akan membantu mengurus kucing peliharaan dan masyarakat, melalui kerjasama rapat dengan masyarakat," ujar Dr Faishal.



Berita Harian difahamkan projek itu diterajui Persatuan Kebajikan Kucing, disokong Kementerian Pembangunan Negara (MND), Lembaga Taman Negara (NParks), HDB, dan Majlis Bandaran Nee Soon.



Menyentuh tentang siri penganiayaan kucing yang pernah dilaporkan di Yishun dulu, beliau yakin dengan rangka kerja yang mencadangkan pemasangan cip mikro dan pelesenan, kucing peliharaan akan dapat dijejak semula kepada pemiliknya.



"Ini kembali kepada sikap bertanggungjawab pemilik haiwan. Kami juga berharap dapat mengongsi lebih banyak panduan terbaik untuk penjagaan pemeliharaan haiwan," tambah beliau.



Dengan skim pelesenan yang diusul, AVS dan HDB juga akan meneroka kemungkinan membenarkan kucing pemeliharaan di dalam flat HDB.



"Kami menerima banyak permintaan berkaitan isu ini dan menyedari bahawa sesetengah penduduk ingin memelihara kucing dalam flat sementara ada yang mungkin bimbang tentang keburukan disebabkan pemilik kucing yang tidak bertanggungjawab.



"Haiwan peliharaan boleh membawa kegembiraan tetapi jika mereka tidak dijaga secara bertanggungjawab ia boleh menimbulkan kesulitan kepada jiran-jiran.



"Sedang kita menyemak dengan teliti dasar pemilikan haiwan peliharaan, kita akan berunding dengan orang ramai secara meluas untuk terus mengimbangi keperluan pelbagai lapisan masyarakat," kata beliau.




"Haiwan peliharaan boleh membawa kegembiraan tetapi jika mereka tidak dijaga secara bertanggungjawab ia boleh menimbulkan kesulitan kepada jiran-jiran.

Sedang kita menyemak dengan teliti dasar pemilikan haiwan peliharaan, kita akan berunding dengan orang ramai secara meluas untuk terus mengimbangi keperluan pelbagai lapisan masyarakat."

- Profesor Madya, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).




RANGKA KERJA URUS KUCING



Tiga strategi yang diusul:



  • Kucing peliharaan dalam skim pemasangan cip mikro dan pelesenan

  • Perluas Program Perangkap-Kembiri-Cari Rumah Baru atau Lepaskan Secara Terurus (TNRM) untuk anjing berkeliaran bebas kepada kucing masyarakat

  • Galak penjagaan kucing masyarakat yang bertanggungjawab, adopsi kucing dan pemilikan kucing yang bertanggungjawab melalui penglibatan dan jangkauan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >