Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MEMPERINGATI 2 DEKAD PENANGKAPAN JI DI S’PURA

Selepas 9/11 ISD pergiat usaha tangani kebimbangan

Dec 04, 2021 | 05:30 AM



SEJURUS selepas serangan 11 September (9/11) di Amerika Syarikat, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) di sini terus mempergiatkan lagi usaha penglibatan masyarakatnya untuk menangani kebimbangan daripada awam, dan merayu agar berwaspada terhadap sebarang kegiatan dan individu yang mencurigakan.



Dengan idea mengenai keganasan transnasional yang dilakukan atas nama agama merupakan sesuatu yang baru, pegawai operasi ISD seperti Encik Deen dan Cik Carol (bukan nama sebenar mereka) bekerja keras untuk mengikis tanggapan tersebut.



"Tidak dapat dinafikan lagi, ramai rakyat Singapura mendapati ianya sukar untuk mempercayai bahawa ancaman ini akan menjejas mereka," kata Encik Deen, yang merupakan sebahagian daripada pasukan ISD yang memulakan usaha penglibatan dan mendekati masyarakat.



Hasil sesi penglibatan ini, sekitar dua minggu selepas 9/11, pihak ISD mendapat maklumat penting dari seorang rakyat prihatin yang berkongsi tentang Mohammad Aslam bin Yar Ali Khan (Aslam), warga setempat yang mendakwa mengenali pemimpin Al-Qaeda ketika itu, Osama bin Laden, dan sebelum ini dikatakan pernah menyertai peperangan di Afghanistan menentang tentera Soviet.



"Apabila kami mendapat maklumat ini, kami masih lagi berasa terkejut dengan skala dan kekejaman serangan 9/11.



"Kami mahu memastikan bahawa serangan pengganas tidak akan berlaku di Singapura.



"Itulah sebabnya kami mengambil maklumat ini dengan sangat serius, dan bertindak serta-merta. Tidak boleh buang masa," tambah Encik Deen.



Pihak ISD mula memantau Aslam dan rakan-rakannya dengan teliti dan tidak lama kemudian mendapati kumpulan itu sedang giat cuba membawa masuk ammonium nitrat - bahan kimia yang sering digunakan untuk membuat bom.



Aslam berlepas ke Pakistan pada Oktober 2001, namun berita mengenai penangkapannya di Afghanistan mula tersebar sekitar tiga bulan kemudian.



Menyusuli berita penangkapan itu, ISD membuat keputusan untuk mempercepatkan operasi ke atas rakan-rakan Aslam yang berpangkalan di Singapura sebelum mereka melarikan diri dan meninggalkan negara untuk mengelak daripada ditangkap.



"Kami percaya bahawa ini (jika mereka berjaya meloloskan diri) akan menyebabkan kami kehilangan maklumat risikan yang berharga," tegas Encik Deen lagi.



Operasi terhadap JI itu bermula pada 8 Disember 2001 dan enam anggota JI Singapura berjaya ditangkap ISD sehari selepas operasi tersebut bermula.



Lebih ramai anggota JI diberkas antara 15 dengan 24 Disember 2001, menjadikan jumlah mereka yang ditangkap seramai 23 orang pada tahun itu.



Penemuan hasil siasatan ISD akhirnya menyaksikan 21 orang lagi ditahan pada Ogos 2002.



Pada September 2002, 17 anggota JI dan seorang anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dikenakan Arahan Penahanan manakala tiga orang dikenakan Perintah Sekatan (RO).



Tidak ramai yang menyedari, tetapi operasi terhadap JI tidak hanya berakhir dengan dua operasi tangkapan antara 2001 dengan 2002, kata Cik Carol.



"Misi kami untuk menumpaskan rangkaian JI tempatan mengambil masa lebih sedekad, kerana kami menjejaki pelarian JI di seluruh Asia Tenggara.



"Proses yang lama untuk mengesan pelarian JI ini memerlukan kecekalan, kesabaran dan kerja berpasukan yang ketara daripada semua pegawai yang terlibat," kata Cik Carol, yang sebelum ini mengetuai pasukan perhubungan yang bekerjasama dengan rakan asing ISD dalam pelbagai isu keselamatan.



Sebelum operasi terhadap JI, pihak ISD telahpun menjalin asas hubungan kerja yang kukuh dengan rakan sejawat asing.



Ancaman transnasional yang ditimbulkan oleh JI bahkan telah memperkukuhkan lagi hubungan ini.



Agensi keselamatan serantau berkongsi maklumat penting dalam menumpaskan rangkaian keganasan JI yang meluas selain mencegah serangan daripada berlaku di negara masing-masing.



"Objektif bersama ini memupuk semangat perpaduan yang kuat antara pelbagai agensi, dan seterusnya memudahkan pertukaran maklumat dan kerjasama operasi yang pantas.



"Ini terbukti amat penting dalam usaha kami untuk memberkas anggota JI Singapura yang telah melarikan diri ke luar negara, di luar bidang kuasa kami," ujar Carol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >