Topik diikuti
Pergi ke BHkuSah ke bayar zakat secara digital?
Apr 7, 2022 | 5:30 AM
Sah ke bayar zakat secara digital?
PENGGUNAAN wadah digital kian berleluasa kini, dan transaksi yang berkaitan dengan agama, seperti zakat dan fidyah, juga tidak terkecuali dalam urusan tersebut.
Bahkan dengan tertutupnya masjid-masjid di merata dunia ekoran pandemik Covid19 yang masih menular sehingga hari ini, sudah menjadi tanggungjawab pemerintah atau badan-badan agama yang diiktiraf untuk membangunkan mekanisme pungutan transaksi agama yang cekap bagi memastikan ibadah zakat serta amalan membayar fidyah, kafarah dan lain-lain dapat dilaksanakan dengan cekap, dan lebih penting lagi selamat.