Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Relawan muda bangga peranan Masjid Khalid pererat hubungan antara kaum

Sejak dibuka semula pada April selepas menjalani kerja ubah elok sejak 2019, Masjid Khalid mula dibanjiri ribuan jemaah. Masjid yang terletak di Joo Chiat Road itu kini mampu menampung sehingga 1,750 jemaah berbanding 1,000 orang sebelum ini. BERITA HARIAN paparkan antara mereka yang terlibat di belakang tabir masjid berusia lebih 100 tahun itu.
May 12, 2023 | 05:30 AM



MULA berjinak-jinak di Masjid Khalid semuda usia enam tahun.



Pada ketika itu, Encik Thariq Aziz Abdul Hamid menyifatkan masjid itu sebagai masjid kampung kecil dan dikelilingi pohon.



Menurutnya ia merupakan masjid yang berada dekat dengan hati jemaah, dan terkenal dengan kegiatan kemasyarakatan dan sambutan Ramadan yang meriah - seperti kegiatan masak secara beramai Nasi Beriani Dam khas masjid itu.



Lantaran itu, Encik Thariq, anak saudara kepada pengerusi masjid itu, Encik Alla'udin Mohamed, begitu bangga terhadap perkembangan masjid itu, kedua-dua dari segi fizikal dan juga dari segi perkhidmatannya.



Antara lain, peranan yang dimainkan Masjid Khalid dalam mempererat hubungan antara kaum.



Beliau, yang kini Pengurus Kanan di Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), berkata Masjid Khalid telah berkembang daripada masjid yang bukan sahaja memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan jemaah Muslim di kawasan Joo Chiat, tetapi juga kepada masyarakat Singapura sejagat.



Beliau berkata:



"Masjid Khalid memang terkenal sebagai penyokong kuat dan sebagai duta terhadap usaha berbilang kaum dan agama di sini. Dengan bangunan baru, kami berharap dapat teruskan dengan lebih kerap lagi kerja menjalin hubungan dengan masyarakat lain menerusi pelbagai program.



"Sebagai seorang relawan, saya bangga terhadap transformasi ini dan berharap dapat menyebarkan semangat gotong-royong ini," kata Encik Thariq.



Masjid yang dinaik taraf itu dilancar Presiden Halimah Yacob pada 19 April - dua hari sebelum Syawal 2023.



Masjid itu telah menjalani kerja ubah elok sejak 2019.



Antara lain kerja naik taraf yang menelan belanja $7.5 juta itu kini boleh menampung sehingga 1,750 jemaah berbanding 1,000 orang sebelum ini.



Ia juga kini mempunyai bangunan tambahan empat tingkat bagi mengendali pelbagai acara dan urusan keagamaan.



Encik Thariq berkata perkembangan dilalui masjid itu merupakan impian yang akhirnya tercapai bagi kebanyakan relawan masjid tersebut.



Cuma, ia dibelenggu satu cabaran besar.



Menurut Encik Khalid, bilangan relawan masjid itu terutamanya relawan muda semakin berkurangan sedang masjid itu semakin menua.



"Relawan yang setia dan bersemangat memainkan peranan yang sangat penting dalam mengendali operasi dan acara di masjid, dan tanpa mereka, mutu acara yang kami sediakan kepada jemaah dan masyarakat di sini mungkin tidak sebaik apa yang dilakukan sebelum ini," tambahnya.




"Sebagai seorang relawan, saya bangga terhadap transformasi ini dan berharap dapat menyebarkan semangat gotong-royong ini... Relawan yang setia dan bersemangat memainkan peranan yang sangat penting dalam mengendali operasi dan acara di masjid, dan tanpa mereka, mutu acara yang kami sediakan kepada jemaah dan masyarakat di sini mungkin tidak sebaik apa yang dilakukan sebelum ini."
- Encik Thariq Aziz Abdul Hamid, tenaga relawan Masjid Khalid.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >