PUSAT Sumber dan Kaunseling (RCC) kendalian Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) sedang menjalani peluasan dan ubah suai demi menampung peningkatan jumlah pengunjung dan keperluan untuk menjalankan pelbagai kegiatan dalam menyediakan pengalaman lebih berkesan kepada masyarakat.
Kerja-kerja naik taraf itu dilakukan untuk membolehkan penambahan kandungan dan maklumat dipaparkan di galeri yang lebih besar dan terkini.