Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MENJELANG HARI RAYA

Baju dari Vietnam, kuih-muih dari Jakarta, perhiasan dari M'sia

Apr 17, 2023 | 05:30 AM



SAMBUTAN Hari Raya bagi Encik Muhd Faizal Sumono dan keluarga tahun ini lebih bersifat 'serantau': pakaiannya dari Vietnam, kuih-muih dari Jakarta dan barang perhiasan pula dibeli dari Malaysia.



Persiapan mereka untuk Hari Raya tahun ini juga jauh lebih awal berbanding orang lain.



Keperluan Raya sudah pun dibeli secara bertahap sejak ke Vietnam untuk bercuti Januari lalu.



Bak kata pepatah "sambil menyelam minum air".



Meskipun tujuan utama Encik Faizal, ibu serta dua adik perempuannya ke Vietnam adalah untuk bercuti, mereka telah memutuskan untuk membeli fabrik di sana dan menghantar upah untuk dijahit sekali semasa tempoh empat hari mereka di sana.



Secara keseluruhannya, beliau sekeluarga telah membuat lima pasang baju di sana pada harga kurang $150, menurut Encik Faizal dalam temu ramah bersama Berita Harian (BH).



"Ibu saya memang gemar buat baju ikut ukuran, kalau di sini agak mahal dan kalau upah di Malaysia juga agak mahal.



"Bila kita memutuskan untuk pergi ke Vietnam untuk bercuti, kita rancang sekali nak buat baju Raya, jadi selepas itu tak perlu fikirkan lagi," katanya.



Kos keseluruhan - fabrik dan upah mengikut ukuran - untuk membuat baju Melayu Encik Faizal hanya sekitar $20, berbanding $80 yang biasanya beliau belanjakan jika membeli baju di sini.



Kebaya yang ditempah ibunya pula hanya memakan belanja $35 secara keseluruhan.



"Memang di Vietnam harga fabrik dan upahan untuk membuat baju memang cukup murah dan mutu jahitannya juga cukup baik," kata Encik Faizal, 42 tahun, yang bertugas sebagai seorang xx.



Beliau telah ke kawasan Chinatown yang terletak di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.



Menurutnya, kawasan tersebut menawarkan harga fabrik yang lebih baik berbanding kawasan yang lebih banyak pelancong seperti Pasar Ben Thanh.



Encik Faizal juga telah membeli kuih-muih Rayanya dari Jakarta semasa kunjungannya ke sana bulan lalu.



Ini termasuk kuih 'khas' seperti nastar keju dan nastar nenas.



Bagi Encik Faizal, selain mendapatkan barangan pada harga yang lebih murah, yang lebih penting adalah untuk merasakan suasana sambutan Hari Raya bagi masyarakat berbeza di negara lain.



Contohnya, menurut Encik Faizal, biasanya masyarakat Islam di Jakarta biasanya akan membeli- belah bagi keperluan Hari Raya dari sebelum Ramadan lagi.



Ini berbanding dengan warga Singapura yang biasanya sibuk bekerja dan hanya akan mula membeli-belah dan bersiap sedia pada hujung-hujung Ramadan, kata Encik Faizal.



"Memang kalau sekadar nak berbelanja Raya di negara lain, memang tak murah lah kerana meskipun barangannya mungkin lebih murah berbanding Singapura, tapi kena masukkan juga harga tiket penerbangan, hotel dan sebagainya.



"Tapi bagi kami sambil-sambil bercuti boleh la membeli-belah sekali, dan memang menarik melihat cara masyarakat lain berbelanja dan meraikan Ramadan dan Hari Raya," katanya.



Meskipun dapat berjimat sekitar $500 jika dibandingkan dengan kos yang akan dibelanjakan pada keperluan raya yang hanya dibeli di Singapura, Encik Faizal akui kos perbelanjaan Raya keluarganya tahun ini lebih tinggi berbanding tahun-tahun lalu kerana semangat nak beraya berbeza.



"Tapi kita masih akan beraya secara kecil-kecilan lah, kerana dah terbiasa dengan 'Covid Raya', dan kami juga dapati Raya kecil-kecilan ini dapat merapatkan lagi sillaturrahim kerana memberikan kami peluang untuk berbual dan bermesra dalam kumpulan yang lebih kecil," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >