Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Buru Sarjana Muda Kaunseling di varsiti Sains Kemasyarakatan

Menimba ilmu tak kira usia: Usia 55 tahun, 3 anak

Ada yang mungkin berpendapat bahawa pembelajaran akan tamat setelah mereka menyelesaikan pendidikan formal di sekolah. Namun, beberapa individu yang diwawancara berpendapat sebaliknya. Bertekad untuk merebut prospek pekerjaan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat, individu-individu ini mencari peluang untuk terus meningkatkan kemahiran mereka.
Mar 12, 2021 | 05:30 AM



BAGI Encik Mustaffa Osman, usia hanya angka dan bukan sesuatu yang akan menghalangnya mengejar minatnya.



Walau sudah berusia 55 tahun, pembelajaran baginya tidak pernah berhenti.



Menjadi seorang sukarelawan di sebuah badan tidak mencari untung (NPO) sebagai seorang fasilitator dalam kumpulan sokongan, beliau berkongsi bahawa bercakap dengan keluarga dan ramai individu telah menimbulkan minatnya dalam bidang kaunseling.



Ingin meningkatkan kemahirannya dalam bidang tersebut supaya dapat memberi sokongan yang lebih baik dan relevan bagi golongan tersebut, beliau baru-baru ini telah mendaftarkan diri di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) sebagai pelajar Sarjana Muda Kaunseling.



Mempunyai latar belakang sebagai seorang penolong jurutera di agensi air negara, PUB, Encik Mustaffa berkata ini merupakan peluangnya mengembangkan kemahirannya.



"Sekarang, ketika sudah lanjut usia, saya rasa ini adalah masanya untuk mengambil peluang melakukan apa yang saya ingin lakukan.



"Anak-anak saya pun sudah besar dan mencapai kerjaya dan impian mereka.



"Inilah masanya untuk memikirkan diri saya dan mencapai impian saya pula.



"Ketika melakukan kerja sukarelawan, minat saya terhadap kaunseling mula berkembang dan saya terus mencari cara untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang tersebut," kata bapa tiga orang anak itu.



Menurut Encik Mustaffa, ini bukan kali pertama beliau ke 'sekolah' sebagai seorang pelajar dewasa.



Pada usia 35 tahun, beliau telah mengambil kursus Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Singapura sebagai pelajar sambilan selama lima tahun.



Encik Mustaffa berkata, selagi beliau mempunyai niat yang baik dan kehendak yang kuat terhadap sesuatu, beliau akan berusaha mencapainya.



Ditanya tentang cabaran mengimbangi kerjaya dan pengajian, beliau mengaku ia sangat mencabar.



"Saya perlu mengorbankan waktu bersama keluarga tetapi dengan sokongan yang diberikan mereka serta majikan saya, alhamdulillah saya dapat mengimbangi masa saya.



"Saya percaya jika saya dapat memberi tumpuan kepada apa yang saya lakukan, saya dapat menunjukkan prestasi yang baik. Oleh itu saya akan teruskan tekad," katanya.



Beliau berharap dapat menggunakan pengetahuan barunya untuk memberi kembali kepada masyarakat kelak.



"Setiap detik itu sangat berharga bagi saya. Jadi saya ingin meluangkan masa melakukan sesuatu yang baik, tidak kira memberi kembali kepada masyarakat atau kepada keluarga saya.



"Jika saya dapat mengubah kehidupan seseorang, saya akan terus belajar dan mendapatkan pengetahuan supaya dapat mengongsi pengetahuan tersebut," ujarnya.




"Setiap detik itu sangat berharga bagi saya. Jadi saya ingin meluangkan masa melakukan sesuatu yang baik, tidak kira memberi kembali kepada masyarakat atau kepada keluarga saya.

Jika saya dapat mengubah kehidupan seseorang, saya akan terus belajar dan mendapatkan pengetahuan supaya dapat mengongsi pengetahuan tersebut."

- Encik Mustaffa Osman, seorang penolong jurutera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >