Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SEMPENA HARI BAPA

Maliki: Bapa kian cabar stereotaip peranan tradisional

Lebih sedar akan amalan dan manfaat yang diraih dengan mengambil peranan aktif sebagai bapa
Jun 20, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai bapa yang kini cuba mencabar stereotaip mengenai peranan tradisional yang perlu dimainkan dengan menawarkan sokongan yang diperlukan kepada wanita dalam hidup mereka.



Namun pada masa yang sama, lebih banyak yang boleh dilakukan kaum bapa untuk menyokong para isteri, anak-anak dan ibu bapa bagi membina asas kekeluargaan yang lebih utuh.



Berkongsi kepada Berita Minggu, Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata kaum bapa hari ini sama-sama menyingsing lengan untuk memegang tanggungjawab pengasuhan bersama isteri.



Mereka juga lebih sedar akan amalan terbaik keibubapaan serta manfaat yang dapat diraih anak dan keluarga mereka jika mereka memainkan peranan aktif sebagai seorang bapa.



"Sedang kita raikan Hari Bapa ini, kita mahu memberi tumpuan kepada kaum bapa yang kini banyak melibatkan diri dalam usaha pengasuhan anak, keibubapaan dan juga tanggungjawab di rumah," ujarnya.



Meskipun demikian, menerusi pelbagai perbincangan yang telah negara jalankan bersama pelbagai warga daripada latar belakang yang berbeza sebagai sebahagian daripada semakan berterusan terhadap Pembangunan Wanita Singapura, antara keprihatinan atau isu yang kerap kali ditimbulkan ialah corak pemikiran masyarakat yang masih lagi tradisional, di mana wanita disifatkan sebagai pengasuh utama dalam keluarga.



"Corak pemikiran sedemikian menyebabkan jangkaan khusus terhadap wanita dan kaum lelaki sebagai memegang peranan lain seperti pencari nafkah keluarga.



"Terdapat juga jangkaan bahawa lelaki harus menghabiskan masa mereka di tempat kerja dan bukan dengan keluarga.



"Pemikiran dan jangkaan sedemikian mempunyai kesan terhadap keluarga dan anak-anak," ujarnya.



Beliau menambah ibu bapa memainkan peranan kritikal dalam menyemai nilai dan memberi bimbingan kepada anak-anak mereka dan ini termasuk berbincang secara terbuka dengan mereka tentang hak wanita.



Mengambil contoh insiden tinjauan lucah terhadap golongan asatizah baru-baru ini, Dr Maliki menegaskan bahawa seorang ayah boleh memainkan peranan penting dalam membesarkan anak-anak lelaki yang menghormati wanita, sama ada dalam talian atau secara fizikal.



"Secara peribadi, saya rasa antara faktor utama ialah agar seorang ayah menjadi contoh terbaik kepada anak mereka. Jika kita bercakap dengan penuh hormat mengenai wanita kepada anak lelaki kita, dan juga cara kita berbual dengan wanita di sekitar kita, secara tidak langsung kita menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak kita," katanya.



Bagi kaum bapa yang perlu memikul tanggungjawab pengasuhan anak-anak seorang diri, Dr Maliki menasihati mereka agar tidak keberatan untuk mendapatkan sokongan daripada orang di sekeliling mereka.



"Mengongsi cabaran kita sebagai bapa tunggal bersama rakan, saudara dan keluarga boleh menjadi satu sumber kekuatan dan keselesaan pada saat-saat sukar.



"Ia juga satu cara untuk mendekatkan diri dengan anak-anak dan menangani cabaran kehidupan bersama sebagai satu keluarga," katanya lagi.




"Secara peribadi, saya rasa antara faktor utama ialah agar seorang ayah menjadi contoh terbaik kepada anak mereka. Jika kita bercakap dengan penuh hormat mengenai wanita kepada anak lelaki kita, dan juga cara kita berbual dengan wanita di sekitar kita, secara tidak langsung kita menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak kita."
- Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >