Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MEMPERINGATI 2 DEKAD PENANGKAPAN JI DI S’PURA

Latar Belakang JI

Dec 04, 2021 | 05:30 AM



9 September 2001:



Kumpulan pengganas Al-Qaeda lancar rangkaian empat serangan terhadap Amerika Syarikat dengan empat pesawat komersial yang dirampas.



Beberapa hari kemudian, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dapat maklumat bahawa seorang warga Singapura bernama Mohammad Aslam Yar Ali Khan ada hubungan dengan Al-Qaeda dan ISD mula pantau Aslam serta sekutunya.



4 Oktober 2001:



Aslam tinggalkan Singapura.



3 Disember 2001:



Media laporkan tentang penangkapan Aslam oleh Perikatan Utara di Afghanistan; ISD cepatkan operasi terhadap sekutunya di Singapura.



9 Disember 2001:



Enam anggota Jemaah Islamiyah (JI) warga Singapura ditangkap ISD.



15 hingga 24 Disember 2001:



Lebih ramai orang ditangkap, dengan 23 orang disiasat; 13 dikenakan Arahan Penahanan manakala lagi dua dikenakan Arahan Sekatan (RO).



2002:



Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) dibentuk untuk galak keharmonian kaum dan agama di peringkat akar umbi.



Februari 2002:



Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi (ACG) ditubuhkan untuk sokong usaha pemulihan dan penyepaduan semula individu radikal.



16 Ogos 2002:



ISD tangkap lagi 21 warga Singapura



September 2002:



17 anggota JI dan seorang anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dikenakan Arahan Penahanan manakala tiga orang dikenakan RO.



Februari 2003:



Pihak berkuasa Indonesia tangkap Mas Selamat Kastari, ketua operasi JI di Singapura.



April 2003:



Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dilancar untuk sokong pemulihan anggota JI dan keluarga mereka.



Ogos 2005:



Unit MRT Polis, yang kemudian dikenali sebagai Komand Keselamatan Pengangkutan Awam, dibentuk untuk tingkat keselamatan sistem pengangkutan awam Singapura.



Februari 2006:



Program Pendekatan Masyarakat Nasional (CEP), yang kemudian digantikan gerakan SGSecure, dilancar untuk kukuhkan hubungan antara masyarakat sekiranya berlaku kejadian yang boleh jejas perpaduan sosial.



Dari 2007:



Bekas peguam, Abdul Basheer Abdul Kader, yang rancang sertai Taliban di Afghanistan dipercayai tahanan pertama yang menjadi radikal sendiri setelah dipengaruhi media sosial.



2007 hingga 2013:



Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) kerah hampir 500 pegawai ke Afghanistan sebagai sebahagian daripada Angkatan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF).



Februari 2008:



Mas Selamat, yang didakwa rancang letupkan pesawat di Lapangan Terbang Changi, lolos daripada Pusat Tahanan Whitley Road. Dia kemudian ditangkap semula di Malaysia pada Mei 2009.



April 2015:



Seorang remaja 19 tahun menjadi belia pertama yang diketahui rancang lancar serangan ganas di Singapura dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dia rancang sertai kumpulan pengganas ISIS selepas melihat propaganda pengganas di dalam talian..



November 2015:



Singapura temui sel pengganas Islamis radikal pertama yang merangkumi warga asing, dengan 27 lelaki warga Bangladesh yang kesemuanya bekerja dalam industri binaan setempat ditangkap dan dihantar pulang ke Bangladesh.



2016:



Pasukan Respons Kecemasan (ERT) polis dibentuk untuk bertindak sebagai respons barisan pertama terhadap serangan pengganas.



Ogos 2016:



Sebuah sel pengganas ditangkap di Indonesia kerana rancang lancar serangan roket ke atas Marina Bay Sands dari Batam.



September 2016:



Gerakan SGSecure dilancar untuk latih dan persiap masyarakat terhadap serangan pengganas.



Jun 2017:



Seorang penolong tajaka berusia 22 tahun menjadi wanita pertama yang ditahan di Singapura kerana menjadi radikal.



Disember 2020:



Seorang belia India warga Singapura beragama Kristian Protestan yang berusia 16 tahun ditahan di bawah ISA kerana rancang bunuh jemaah di dua masjid di sini sempena ulang tahun kedua serangan pengganas di Christchurch, New Zealand. Dia individu pertama yang ditahan di sini hasil didorong ideologi pelampau sayap kanan.



Mac 2021:



Seorang lelaki Muslim berusia 20 tahun ditahan selepas dikesan rancang lancar serangan ke atas masyarakat Yahudi di sinagog atau rumah ibadah mereka di sini. Dia individu pertama yang ditahan di bawah ISA kerana rancang serangan yang didorong terutamanya oleh konflik Israel-Palestin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >