Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kajian: 58% lulusan 'Stem' wanita ceburi kerjaya bidang sama

Sebaliknya 70% lelaki miliki kelayakan sedemikian
Mar 14, 2021 | 05:30 AM



Semakin ramai kaum Hawa kini ‘menyerikan’ industri dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem) di Singapura. Namun, usaha menggalak penyertaan wanita dalam bidang-bidang ini perlu terus dipergiatkan, kata Presiden Halimah Yacob baru-baru ini. BERITA MINGGU menampilkan dua wanita yang berkebolehan dan berbakat dalam bidang masing-masing – sains dan teknologi.




SATU kajian terhadap 738 rakyat Singapura oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menunjukkan hanya 58 peratus wanita yang lulus dengan ijazah sarjana muda dan diploma dalam jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) menembusi kerjaya yang berkaitan dengan bidang itu.



Ini berbanding 70 peratus lelaki yang memiliki kelayakan tersebut.



Bagi menangani cabaran ini, dua profesor wanita dari NTU telah memulakan satu program baru bagi menggalak wanita dalam bidang Stem.



Dua pengasas bersama Women@NTU yang menerajui program Powers - Profesor Madya Sierin Lim, dan Profesor Madya Kimberly Kline - melancarkan program tersebut sewaktu simposium Wanita dalam Kejuruteraan, Sains & Teknologi (WiEST) yang diadakan di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian baru-baru ini.



Melancarkan program itu, Presiden Halimah Yacob berkata untuk maju sebagai sebuah negara sedang ia pulih menyusuli pandemik Covid-19, adalah penting bagi wanita untuk berada di barisan depan ilmu, membentuk arah masa depan kejuruteraan, sains dan teknologi.



Dengan wanita di depan kemajuan saintifik dan kejuruteraan, lebih banyak perhatian boleh diberikan kepada isu berkaitan wanita.



"Mempunyai jurutera, saintis atau ahli teknologi wanita bermakna lebih ramai wanita akan menerajui penemuan penting, membangunkan perubatan dan teknologi baru, yang kemudiannya mendorong ekonomi kita, mewujudkan pekerjaan dan membina dunia yang lebih baik buat semua," tambahnya.



Dalam pada itu, wanita yang meninggalkan laluan kerjaya Stem lebih kemungkinan berbanding lelaki untuk berasa adanya halangan dari segi kemajuan dalam kerjaya mereka, dan menghadapi isu inklusiviti di mana mereka tidak rasa sebahagian daripada bidang itu.



Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) pula melaporkan kurang daripada 30 peratus jurutera dan saintis penyelidikan di Singapura merupakan wanita, dengan jurang gaji di mana wanita dibayar sekitar 6 peratus lebih rendah berbanding lelaki.



Profesor Madya Lim, yang juga Dekan Bersekutu (Kerjasama Global) Kolej Graduan di NTU, berkata kepelbagaian jantina dalam Stem penting kerana masalah rumit dalam dunia hari ini memerlukan kepelbagaian dalam perspektif dan pendekatan, dan juga penting bagi kesihatan ekonomi Singapura.



Powers bakal menggalakkan kepelbagaian dalam Stem dengan menghubungkan pelajar kepada masyarakat Stem, menjalankan penyelidikan untuk membangun pendekatan berdasarkan konteks setempat, dan bekerjasama dengan pendidik dan masyarakat bagi membina ekosistem yang menyokong wanita.



Profesor Madya Kline, yang juga Dekan Bersekutu (Fakulti) Kolej Sains di NTU berkata:



"Kami mahu generasi wanita seterusnya untuk melihat diri mereka sebagai ejen perubahan sedang mereka memanfaatkan pendidikan Stem untuk menangani cabaran global. Kami sedang membina masyarakat wanita berpencapaian tinggi kerana kami percaya kami lebih kuat bersama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >