Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MENJELANG RAYA: RAYA 'LIVE' BERSAMA BH

Hady antara selebriti semarak suasana Raya

May 05, 2021 | 05:30 AM



Diam tak diam lebih kurang seminggu lagi masyarakat Melayu/Islam di sini bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Meskipun dalam keadaan pandemik, sambutan Syawal pastinya tidak kurang bermakna. Bagi menambah keceriaan dan kemeriahan Hari Raya, selain kandungan cetak dan laman BeritaHarian.sg, akhbar ini juga telah menyiapkan sajian kandungan dalam talian untuk tontonan ramai. Berikut sekilas sajian rancangan sempena Lebaran yang telah disusun kami. 




SEMARAKKAN suasana Hari Raya dengan rancangan 'Live' di Facebook Berita Harian Singapura Jumaat ini.



Rancangan berbentuk infotainment (maklumat dan hiburan) itu bakal menampilkan selebriti undangan khas, penyanyi tanah air, Hady Mirza.



Selain mendapatkan perkembangan terkini beliau sejak penularan pandemik Covid-19 menyebabkan kerjaya seninya di seberang Tambak tergendala, juara Singapore Idol dan Gegar Vaganza itu akan menghiburkan penonton dengan lagu Hari Raya.



Baru-baru ini, Hady telah mendendangkan lagu Ramadan yang Mulia, Syawalyang Indah dalam satu sidang media bagi membentangkan rancangan sempena ulang tahun ke-30, Orkestra Melayu Singapura.



Lagu tersebut merupakan rakaman Extended Play (EP), sebahagian daripada program sempena 30 tahun OMS.



Rancangan Live Berita Harian yang dinamakan, Hari Raya (dengan) Selamat!, itu akan berlangsung pada 9 malam Jumaat ini.



Selain di Facebook, ia juga boleh ditonton menerusi YouTube Berita Harian Singapura.



Ia dibawakan khas oleh bazar dalam talian, BazaarRia.



Selain Hady, selebriti lain yang akan mewarnai rancangan selama 90 minit itu ialah rapper setempat, Fariz Jabba.



Penonton juga boleh menikmati persembahan khas oleh kumpulan muzik tanah air berbakat, O.M.A.



Koresponden Berita Harian, Atiyyah Mohd Said dan Shahida Sarhid pula akan mengacarakan rancangan itu bersama hos undangan, Hans Ashrie.



Selain segmen hiburan, rancangan tersebut akan menampilkan beberapa wartawan akhbar ini yang bakal berkongsi kisah dan laporan sepanjang Ramadan yang telah meninggalkan kesan kepada mereka.



Beberapa individu yang telah mewarnai liputan akhbar ini sepanjang Ramadan juga akan dijemput berkongsi kisah mereka termasuk mantan penyiar dan personaliti setempat, Riz Sunawan, yang kini menghidapi penyakit saraf motor neuron (MND).



Mengulas rancangan Live sempena Hari Raya itu, Editor Berita Harian, Encik Saat A. Rahman, berkata:



"Dalam suasana pandemik ini, ramai yang mendapatkan berita, maklumat dan hiburan secara digital.



"Rancangan Live sempena sambutan Hari Raya ini diharap dapat memberikan satu lagi pilihan bagi pembaca, penonton dan pendengar Berita Harian, dan pada masa yang sama menyemarakkan suasana Syawal yang meskipun disambut di tengah-tengah pandemik, tetap bermakna."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >