Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Susulan NDR 2022

Gunakan lensa rahmah untuk tinjau golongan LGBT

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT dan keluarga harus menggunakan lensa rahmah terhadap golongan yang mempunyai kecenderungan lesbian, gay, biseksual, transgender, queer (LGBTQ) serta membawa sinar harapan kepada mereka.



Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, berkata lensa rahmah itu akan membawa lebih manfaat kepada golongan ini.



"Saya rasa sesuatu yang kita boleh pelajari daripada pemansuhan Seksyen 377A ini dan juga keprihatinan yang timbul daripadanya adalah lensa apa yang kita ingin gunakan untuk kita lihat anggota masyarakat yang mungkin ketika ini dicabar, diuji dengan kecenderungan seperti ini. Dan saya menasihatkan diri saya dan kita semua agar menggunakan lensa rahmah.



"Kalau kita lihat mereka dengan lensa kebencian, kesangsian dan tidak setuju dengan pandangan mereka... ia tidak akan membawa kebaikan, bahkan akan membawa keburukan dan kita akan menghalau mereka lebih jauh daripada kita," ujarnya.



Tambahnya, masyarakat juga harus mengambil pendekatan sama yang penuh empati, rahmah, ihsan dan harapan terhadap anggota masyarakat yang mempunyai kecenderungan LGBTQ seperti mana mereka menangani masalah yang dihadapi masyarakat sebelum ini termasuk isu anak luar nikah dan cabaran penagih dadah.



Oleh itu, Ustaz Irwan Hadi berkata masyarakat harus mendekati golongan ini dengan membawa harapan untuk menghulurkan bantuan dan sokongan yang diperlukan, bukan hukuman.



"Sebahagian daripada golongan LGBTQ ini bukan hanya segan tapi mereka takut nak mendekati agamawan ataupun keluarga mereka kerana mereka tak tahu lagi mungkin reaksinya bagaimana.



"Jadi kalau kita rasakan mungkin anggota keluarga kita ada kecenderungan seperti ini, kita lihat bagaimana kita boleh terus dekati mereka supaya mereka kekal dekat dengan kita dahulu.



"Kalau dia tak nak pun dekat dengan kita, kita tak boleh nak hulurkan apa pun bantuan. Kalau dari awal saja mereka rasa nak menjauhkan diri daripada kita dan bila mereka dah mula jauhkan diri daripada kita, kita tak boleh nak salahkan mereka kalau mereka kemudian mencari bantuan dan sokongan daripada pihak yang kita tak nak mereka dapatkan bantuan dan sokongan daripada.



"Pada saat kita marah dan terus tolak mereka, ketika itu kita mula gagal dan ini sesuatu yang perlu kita perhatikan dalam pendekatan kita," ujarnya.



Tambahnya, ibu bapa juga perlu menyemak semula bagaimana untuk membincangkan isu yang selalunya kurang dibincang secara terbuka dalam keluarga Melayu/Islam di Singapura.



Ustaz Irwan Hadi berkata demikian semasa sesi perbincangan pasca Rapat Hari Kebangsaan berhubung isu pemansuhan Seksyen 377A anjuran Berita Harian yang turut disertai Naib Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustazah Kalthom Muhammad Isa, baru-baru ini.



Mereka berdua menyertai perbincangan tersebut dalam rangka peribadi sebagai asatizah.



Dalam perbincangan itu, Ustazah Kalthom turut menarik perhatian pentingnya menangani isu yang amat sensitif ini dengan berhati-hati, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak.



Ini termasuk dengan menghormati perasaan serta harga diri golongan yang mempunyai kecenderungan LGBTQ ini.



"Sebagai orang Islam pun, menghormati perasaan orang lain itu satu perkara yang penting. Tidak ada pun dalam sejarah kehidupan Nabi saw mengecilkan hati orang. Belum lagi menghina dan sebagainya, mengecilkan hati pun (tidak kerana) Nabi saw sangat menjaga perasaan.



"Apabila kita tak menjaga perasaan orang, kepercayaan itu akan hilang, jadi bagaimana orang nak menerima percakapan kita kalau pertama sekali kita sudah meletakkan tembok-tembok pemisahan tersebut," ujarnya.



Oleh itu, beliau berkata asatizah juga harus memahami bahawa individu ini merupakan anggota masyarakat juga dan harga diri mereka perlu dijaga.



Menyingkap satu pertemuannya dengan beberapa aktivis Muslim, Ustaz Irwan Hadi berkata tiada di antara mereka pun yang berkata mereka tidak mahu menjadi Muslim lagi.



"Itu yang kita perlu terus bangunkan dan pelihara sebagai sebuah masyarakat, bagaimana untuk kita kekal kukuh sebagai sebuah masyarakat yang percaya kepada Tuhan yang satu, dengan prinsip-prinsip tertentu dan bagaimana kita boleh bantu mereka dalam perjalanan mereka," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >