Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Dana $2j bantu 4,000 isi rumah berkeperluan di Daerah South West dilancar

Jul 01, 2023 | 05:37 PM



Kira-kira 4,000 isi rumah dengan anak kecil dan warga emas tinggal bersendirian di Daerah South West akan menerima sokongan sebanyak $250 setahun dalam tempoh dua tahun.

Ini adalah hasil dana Masyarakat Ihsan South West bernilai $2 juta yanga telah dilancarkan pada Sabtu oleh Majlis Pembangunan Masyarakat South West (CDC). Pelancaran diadakan di Mesyuarat Daerah South West dan Penghargaan Rakan Kongsi 2023 di The Chevrons.

Menurut satu kenyaaan CDC tersebut, keadaan inflasi teras Singapura yang kekal pada lima peratus pada April 2023 telah menjejaskan keadaan kewangan kepada penduduk.

“Memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, CDC melancarkan Dana Penyayang Masyarakat South West, yang disasarkan untuk menyediakan segera sokongan untuk keluarga yang terdedah, dengan anak kecil berumur enam tahun atau lebih muda untuk membiayai perbelanjaan yang meningkat dan warga emas yang tinggal bersendirian untuk menampung perbelanjaan harian,” kata kenyataan tersebut.

Dilancarkan dengan kerjasama rakan kongsi lama CDC itu Koh Kock Leong Enterprise Pte Ltd, dana itu akan membantu kira-kira 4,000 keluarga mulai September. Setiap isi rumah akan menerima sokongan sebanyak $250 setahun dalam tempoh dua tahun untuk membantu mereka membiayai perbelanjaan harian dan menghadapi kos yang semakin meningkat.

Cik Low Yen Ling, Mayor Daerah South West berkata, “Kami faham bahawa ramai keluarga yang terdedah dengan tekanan akibat kos sara hidup yang lebih tinggi. Dalam masa yang sukar, selalunya orang yang lebih tua dan kanak-kanak yang adalah yang paling memerlukan sokongan. CDC South West akan melakukan lebih banyak untuk kedua-dua kumpulan penduduk ini.”

Beliau menambah, pihaknya berhasrat untuk mengembangkan Per Kriteria Pendapatan Isi Rumah Kapita (PCHI) untuk skim itu, untuk memastikan akses yang lebih luas untuk penduduk yang memerlukan bantuan untuk keperluan harian mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >