MENTERI Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, mengongsi kenangan beliau pada peristiwa 20 tahun lalu di mana mantan panglima tentera itu menyaksikan serangan pesawat penumpang dirampas pengganas yang merempuh Pusat Dagangan Dunia di New York, Amerika Syarikat.
"Saya ketika itu adalah Atase Tentera ke Indonesia. Indonesia pada masa itu sedang mengharungi laluan pasca era Suharto, dengan Presiden Megawati ketika itu baru sahaja mengambil alih dari Presiden Abdurrahman Wahid atau Gus Dur.