Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Bunyikan loceng basikal setiap 7 malam untuk beri makan kucing

Oct 26, 2022 | 05:30 AM



SETIAP hari kira-kira 7 malam, Cik Nur Faezah Mat Aris akan mengelilingi kawasan kejiranannya dan membunyikan loceng basikalnya.



Ini bukan untuk meminta orang yang lalu-lalang memberikan laluan, sebaliknya ia menjadi isyarat kepada kucing masyarakat tentang kehadirannya.



Apabila si kucing-kucing mendengar, ia tahu sudah tiba masanya untuk makan.



Cik Faezah, seorang pencinta kucing yang memberi makan dan menjaga kucing masyarakat, menyokong rangka kerja pengurusan kucing yang baru-baru ini dicadangkan oleh Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS), yang bertujuan memperluaskan program perangkap, kembiri, cari rumah baru atau lepaskan secara terurus (TNRM) bagi anjing bebas merayau untuk melibatkan kucing masyarakat.



"Saya sangat gembira apabila rangka kerja ini dicadangkan. Program TNRM sudah pun diamalkan untuk anjing terbiar, jadi saya harap ia boleh dilakukan sama untuk kucing masyarakat," kata Cik Faezah.



Beliau berharap program TNRM boleh mengurangkan bilangan pembiakan dalam kalangan kucing masyarakat.



Ini, jelasnya, penting untuk keselamatan dan kesihatan haiwan tersebut kerana apabila kucing yang berkaitan secara genetik mengawan antara satu sama lain, mereka berkemungkinan menghasilkan anak kucing yang mengalami kecacatan atau menghidap penyakit serius.



Keprihatinannya yang mendalam bukan sahaja untuk kucing, malah penjaga kucing telah mendorong Cik Faezah untuk memulakan kumpulan 'Tampines Care for Cats' yang terdiri daripada 25 anggota.



Kumpulan itu bukan sahaja memberi makan dan menjaga kucing masyarakat, bahkan memberi sokongan kepada golongan penjaga kucing di estet Tampines. Malah, sekiranya salah seorang daripada mereka ternampak kucing yang cedera, mereka akan bekerjasama untuk menghantar kucing tersebut ke doktor haiwan.



"Kos pemeriksaan berbeza dan berharga antara $200 dengan ribuan dolar.



"Biasanya mereka yang memandu akan secara sukarela menghantar kucing yang cedera ke doktor haiwan dan ahli-ahli lain akan mengumpulkan wang untuk menampung kos," ujar Cik Faezah.



Tahun ini, 'Tampines Care for Cats' telah membelanjakan kira-kira $5,400 untuk kucing masyarakat.



Berdasarkan jumlah yang mereka mampu, ahli-ahli akan menyumbang sejumlah wang setiap bulan khusus buat bil doktor haiwan dan kos makanan kucing.



Untuk membiayai perbelanjaan bulanan mereka, kumpulan itu kadangkala menjalankan pengumpulan dana dalam talian melalui media sosial atau portal derma.



Menurut Cik Faezah, sesiapa sahaja boleh menjadi penjaga. Contohnya, jika ternampak kucing yang cedera, mereka harus memaklumkannya kepada Persatuan Cegah Kekejaman ke atas Binatang (SPCA) supaya mereka boleh memberikan bantuan yang sewajarnya.



Orang ramai juga boleh memberi makan secara sukarela dengan syarat mereka mematuhi garis panduan yang ditetapkan, dan yang penting, menjaga kebersihan persekitaran.



"Kita mesti ingat untuk membuang sisa makanan dan pinggan mangkuk dalam masa dua jam bagi mengelak daripada mengundang serangga dan lipas.



"Jika kita tidak membuang makanan tersebut, ia juga dianggap sebagai membuang sampah merata-rata," tegas Cik Faezah.



Bagi mengelak kucing daripada membuang air besar berhampiran unit kediaman, Cik Faezah menekankan bahawa adalah penting untuk memberi makanan hanya di kolong blok sahaja.



Ini bagi mencegah aduan daripada orang ramai tentang najis kucing berhampiran rumah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >