Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Tentera M’sia akan rekrut penggodam komputer bagi hadapi ‘perang’ digital

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tentera M’sia akan rekrut penggodam komputer bagi hadapi ‘perang’ digital

Feb 14, 2024 | 11:22 AM



KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan merekrut penggodam komputer atau hackers sebagai aset baru ketenteraan bagi memperkukuh sistem pertahanan negara.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pasukan itu akan memberi tumpuan kepada ancaman bukan tradisional seperti serangan siber, ancaman digital serta elektromagnetik pertahanan.

Katanya, pendekatan itu mula menjadi norma untuk angkatan tentera melakukan proses pengambilan anggota barunya.

“Malah, ramai penganalisis meramalkan pertempuran atau pertembungan kuasa akan lebih membabitkan kecanggihan teknologi seperti unmanned drones (dron tanpa pemandu) dan aset yang dikawal secara digital.


“Semua ini menjadi asas untuk kita melihat secara serius keupayaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), big data dan pendigitalan di Kementerian Pertahanan dan ATM.


“Kita akan ambil anggota tentera yang pandai dan hebat, yang boleh menjadi hackers (penggodam) dan sebagainya... ada uniform sendiri dan pasukan.


“Perang masa depan akan lihat dari sistem saja. Itu sebab kita kena kaji supaya tidak ketinggalan kerana negara lain terutama Singapura sudah jadikan ini sebagai ketumbukan (pasukan ketenteraan) keempat dalam sistem perkhidmatan tenteranya,” katanya lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Mengulas lanjut, beliau berkata matlamat penubuhan pasukan sedemikian juga dapat memperkukuh sistem kawalan dan pemantauan di perairan dan sempadan negara dari sebarang ancaman penyeludupan.

“Kita berjiran dengan banyak negara dan kita kena lihat dron yang masuk. Kita difahamkan sekarang penyeludup memang guna dron, dia mahu tahu di mana (pasukan keselamatan), di mana operasi kita, anggota kita, jadi dia tak akan mendarat di kawasan itu.


“Sebab itu mereka masih boleh mendarat (menyeludup) sebab mereka (pantau) pakai dron.


“Jadi bagaimana kita boleh lumpuhkan dron mereka supaya tindakan kita lebih berkesan,” katanya selepas merasmikan ‘Permulaan Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan’ di Kuala Lumpur.


Datuk Mohamed Khaled berkata persediaan ke arah itu penting selepas mengambil iktibar terhadap satu kejadian penggodaman dan kecurian fail daripada Pentagon, Amerika Syarikat, yang mengakibatkan lebih 600,000 e-mel terjejas serta memberi kesan kepada 2,500 organisasi pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >