Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Rakyat M’sia diingat tidak terbabit dengan Hamas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rakyat M’sia diingat tidak terbabit dengan Hamas

Feb 20, 2024 | 12:32 PM



KUALA LUMPUR: Bukit Aman meminta rakyat Malaysia yang menyokong rakyat Palestin menterjemahkan perpaduan mereka dengan cara yang betul dan bukan terbabit dengan sebarang kegiatan yang boleh mengancam keselamatan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata Malaysia tidak pernah mengklasifikasikan Hamas sebagai pengganas atau militan, namun pihaknya akan memastikan tiada rakyat Malaysia terbabit perjuangan Hamas hingga mengancam keselamatan diri.

“Kita memberi amaran kepada mana-mana individu atau rakyat Malaysia agar tidak membuat pergerakan ke kawasan konflik antaranya Gaza atas alasan ‘berjihad’.

“Kumpulan itu tidak pernah menjemput mana-mana individu atau kumpulan dari negara luar untuk bersama-sama mereka mempertahan kawasan konflik berkenaan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 19 Februari.


Tambah beliau, pihaknya ada menegaskan sebelum ini bahawa rakyat negara ini perlu menyatakan perpaduan kepada rakyat Palestin, namun keselamatan rakyat Malaysia yang berusaha memberikan sokongan turut menjadi keutamaan.

“Kita akan pastikan mereka yang pergi ke Rafah hanya untuk tujuan menghantar bantuan kemanusiaan dan keperluan rakyat Palestin,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau pergerakan dan sebarang aktiviti yang mempunyai kaitan dengan keganasan sama ada di dalam atau di luar negara.

Tan Sri Razarudin berkata PDRM melalui Cawangan Khas sentiasa melakukan pemantauan dan risikan dalam memastikan keselamatan negara terjamin daripada sebarang unsur keganasan.

“PDRM sentiasa mengambil pelbagai langkah pencegahan bagi mengelakkan aktiviti kumpulan pengganas menular sehingga boleh mengancam keamanan negara.

“Kita sentiasa memantau sekiranya terdapat sebarang pergerakan atau aktiviti yang dikaitkan pengganas dalam memastikan keamanan dan keselamatan dilindungi daripada anasir jahat,” katanya.

Mengenai senarai tiga pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia yang disenaraikan dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC), Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika Syarikat, beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan namun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Terdahulu media melaporkan tiga pemimpin daripada NGO Islam berasingan dari Malaysia yang aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat disenaraikan dalam TSC oleh FBI.

Susulan itu Kementerian Luar mengarahkan ketiga-tiga individu berkenaan tidak dibabitkan dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.


Untuk rekod, Ops Ihsan diilhamkan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sebagai satu usaha kerjasama antara Kementerian Luar dengan NGO bagi menggerakkan sokongan dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >