Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Lelaki kurang upaya maut, ibu cedera dalam kes samun bersenjata di Pulau Pinang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lelaki kurang upaya maut, ibu cedera dalam kes samun bersenjata di Pulau Pinang

May 09, 2024 | 01:05 PM



PERMATANG PAUH (Pulau Pinang): Seorang lelaki kurang upaya (OKU) ditemui maut dalam keadaan kaki serta tangannya diikat dan mulutnya disumbat kain dalam satu kejadian samun di sebuah rumah di Guar Perahu, Permatang Pauh, Pulau Pinang.


Ibunya yang berusia 70-an tahun pula ditemui dalam keadaan kaki serta tangannya diikat dengan pengikat kabel (cable tight) dan mulutnya disumbat kain dalam bilik berasingan.


Mereka ditemui kira-kira 6.30 pagi 8 Mei.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Helmi Aris, berkata kejadian disedari bapa mangsa berusia 80-an tahun yang mendapati rumahnya berselerak sebelum membuat pemeriksaan di bilik isteri dan anaknya yang berusia 40-an tahun itu.

“Sebaik bangun pada 6.30 pagi, bapa mangsa yang tidur di bilik berasingan mendapati rumah berselerak dan mengesyaki ia dipecah masuk, lalu membuat pemeriksaan di bilik isterinya dan menemui wanita itu dalam keadaan diikat, mulutnya disumbat kain dan cedera di jari kanan.

“Pemeriksaan di bilik anaknya yang merupakan OKU bisu pula mendapati lelaki itu juga diikat dan mulutnya disumbat dengan kain, namun sudah tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Sinar Harian.


ACP Helmi berkata pemeriksaan oleh pegawai perubatan Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang, di tempat kejadian mengesahkan lelaki OKU itu telah meninggal dunia.

Beliau berkata siasatan mendapati dua suspek disyaki terlibat dalam kejadian samun itu dan mereka dipercayai bersenjatakan parang ketika melakukan jenayah tersebut.

Suspek turut melarikan barang berharga, wang tunai dan sebuah televisyen dari rumah mangsa.

“Ekoran kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 40-an tahun bagi membantu siasatan dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau, termasuk lima berkaitan dadah,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >