Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Bas kilang M’sia jadi perintis guna sistem kod QR di pintu masuk M’sia-S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bas kilang M’sia jadi perintis guna sistem kod QR di pintu masuk M’sia-S’pura

Apr 24, 2024 | 03:05 PM



JOHOR BAHRU: Mulai Jun, pekerja kilang yang berulang-alik ke Singapura dari Johor Bahru bakal menjadi kelompok pertama yang mencuba dan menikmati sistem pelepasan baru diperkenalkan Jabatan Imigresen Malaysia, menggunakan kod respons pantas atau QR Code.


Menerusi pengenalan sistem itu, pekerja terbabit hanya perlu mengimbas kod QR unik untuk melepasi pemeriksaan Jabatan Imigresen dan tidak lagi perlu menggunakan pasport.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata untuk permulaan, sistem itu akan diguna pakai terhadap pengembara yang menaiki bas kilang.

Beliau berkata dalam tempoh percubaan pengenalan sistem itu kelak, pegawai imigresen akan menaiki bas kilang dengan pengimbas untuk mengimbas kod QR penumpang.

“Penumpang hanya perlu menunjukkan kod QR kepada pegawai imigresen bertugas,” katanya lapor New Straits Times.


Sebelum ini Singapura melancarkan sistem serupa untuk kereta yang melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas di Singapura bermula Mac lalu, buat warga Singapura.

Encik Mohamad Fazli berkata secara purata dianggarkan 400 hingga 500 bas kilang melintasi pusat pemeriksaan di pintu masuk Johor-Singapura setiap hari untuk membawa pekerja dari Johor ke kilang di pelbagai kawasan perindustrian di Singapura.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri memutuskan supaya pegawai imigresen ditugaskan naik ke atas bas untuk melakukan imbasan kod QR sepanjang tempoh percubaan nanti.

Ketika ini, katanya, kementerian dan Jabatan Imigresen sedang dalam proses memperhalusi pelaksanaan sistem berkenaan, sebelum ia dilaksanakan secara tetap di dua pusat pemeriksaan iaitu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Gelang Patah, Johor.

Encik Mohamad Fazli juga memaklumkan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) juga telah dimasukkan ke dalam jawatankuasa pelaksanaan sistem kod QR itu.

“Terdapat 23 agensi ditempatkan di BSI dan 14 di KSAB,” katanya.

Kesesakan di Tambak Johor-Singapura dijangka dapat dikurangkan dengan sistem pelepasan imigresen mengguna kod QR.

Sistem itu akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan Johor menjadi negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan sistem itu di pusat pemeriksaan darat antarabangsanya yang diiktiraf sebagai paling sibuk di dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >