Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Bapa rogol anak kandung dipenjara 20 tahun, sebat 5 kali

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bapa rogol anak kandung dipenjara 20 tahun, sebat 5 kali

Anak diperkosa sejak usianya 12 tahun sehingga lahir dua bayi
May 08, 2024 | 05:05 PM



SEREMBAN: Seorang bapa dihukum penjara 20 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Seksyen Seremban, Negeri Sembilan, kerana merogol anak kandungnya yang mendakwa menjadi mangsa nafsu lelaki itu sejak berusia 12 tahun sehingga melahirkan dua orang anak.


Hakim Mohamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, 44 tahun, mengaku salah melakukan sumbang mahram dengan anak perempuan berusia 18 tahun ketika kejadian.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan, sekitar 6 pagi pada November 2022.

Encik Mohamad Kamil menegaskan tertuduh adalah seorang bapa yang diamanahkan menjaga anak, tetapi telah melakukan perbuatan yang sebaliknya.

“Saya mengambil maklum faktor mangsa hanya membuat aduan selepas ibu bapanya ditahan atas kes lain (memiliki dadah). Semestinya mangsa berasa tidak selamat berada di rumah sendiri sepanjang tempoh terbabit.

“Saya percaya ia akan menyebabkan trauma serta meninggalkan kesan psikologi yang teruk kepada mangsa dan semestinya reputasi mangsa juga terjejas dengan perbuatan tertuduh,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan atas alasan mempunyai anak-anak yang masih kecil, manakala isteri menghidap kencing manis dan penyakit jantung.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Encik M Kalaivaanan, memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam.

“Tertuduh adalah ayah kepada mangsa dan telah melakukan persetubuhan dengan merogol anaknya sehingga melahirkan anak.

“Saya menghujahkan hubungan khas pesalah dengan mangsa, mewajibkan mahkamah menjatuhkan hukuman berat dari segi pemenjaraan dan sebat untuk menghantar mesej jelas kepada masyarakat bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur terhadap perbuatan seperti ini,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa membuat laporan polis pada 1 Mei dengan mendakwa dirinya dirogol bapa kandung sejak berusia 12 tahun hingga 21 April 2024.

Mangsa dilaporkan mengesyaki dirinya mengandung pada Disember 2022 selepas tidak datang haid, sebelum melahirkan anak di Hospital Port Dickson pada 17 Ogos 2023.

Ibu mangsa didakwa menyerahkan anak yang dilahirkan mangsa itu kepada orang lain tanpa pengetahuannya.

Tertuduh dan isterinya berusia 45 tahun turut didakwa atas tuduhan memiliki dadah berbahaya disyaki pil jenis ‘yaba’ – dianggarkan seberat 32.83 gram – di sebuah rumah di Chuah kira-kira 2.30 pagi 28 April.

Bagaimanapun, hanya tertuduh lelaki mengaku bersalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >