SEBAGAI agama fitrah yang mementingkan konsep hidup berjemaah, Islam amat menitikberatkan pembangunan yang bersifat menyeluruh, yang merangkumi pembangunan individu dan juga pembangunan sosial masyarakat.
Ini sejajar dengan fitrah manusia itu sendiri yang saling memerlukan dan tidak boleh menyendiri atau memencilkan diri daripada hidup bermasyarakat.