Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Wanita tepat untuk Zul Ariffin

Apr 29, 2024 | 06:05 PM



Tidak mudah mendasari hati lelaki bernama Zul Ariffin.

Di sebalik senyuman manis yang sentiasa terukir, sikap ‘happy-go-lucky’ dan tutur bicara yang ramah, ada sesuatu yang terpendam dan dibiarkan menjadi rahsia hati.

Jika yang ditanya itu soal kerjaya seni, Zul dengan senang hati sedia berkongsi apa sahaja.

Namun, jika yang didamba adalah kisah peribadi dan berkaitan soal hati dan cinta, tiada jawapan pasti yang akan diberi jejaka ini.

Sebaliknya, Zul lebih suka membiarkan perkara itu menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, ketika bertemu Zul atau nama penuhnya, Zulkifli Ariffin, 38 tahun, di ibu negara, beliau seakan memberi bayangan sudah ada calon yang berjaya mengisi kekosongan hati.

“Saya sudah melalui macam-macam perangai dan personaliti. Saya kena buat pilihan tepat dan saya sudah ada pilihan itu.

“Dia adalah individu yang paling tepat... Setepat-tepatnya,” katanya dalam laman web, BH Online.

Zul bagaimanapun tidak mendedahkan siapa wanita itu.

Semuanya kerana Zul tidak mahu wanita itu terkena tempias perdebatan netizen yang gemar menghakimi manusia lain.

“Jangan risau, apabila tiba masanya nanti, orang akan tahu juga. Sejujurnya, bukan perkara itu yang saya risaukan.

“Sebaliknya yang paling ditakuti adalah komen netizen seumpama tak sedar diri dan seronok bercakap mengenai orang lain hingga tahap menghina.

“Jadi, lebih baik saya diamkan diri kerana orang, apabila hendak menghina, dia akan buat sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.

“Apabila kita lihat profil mereka yang mengata, muka mereka tidak adalah tahap ‘kayangan’ pun. Kasihan untuk orang ‘di sana’. Mereka juga ada keluarga yang perlu dijaga perasaannya.

“Jadi, hati mereka ini kenalah jaga,” luah pelakon bertubuh sasa itu.

Meskipun cuba berahsia mengenai wanita yang berjaya mencuri hatinya, namun, ramai dapat meneka individu dimaksudkan adalah Penerbit Eksekutif, Infinitus Entertainment (M) Sdn Bhd, Gayatri Su-lin Pillai.

Spekulasi itu dibuat berdasarkan foto yang Gayatri muat naik di Instagram (IG) pada 1 Syawal yang menyaksikan beliau meraikan Aidilfitri bersama Zul serta dua kakaknya.

Mengulas spekulasi hubungan dengan Gayatri, Zul yang meledak menerusi drama bersiri, Rindu Awak 200% itu menjelaskan, perkara itu tidak boleh dijadikan bukti mereka berpacaran.


Jelas Zul, sudah menjadi rutin buat Gayatri beraya dengan keluarganya setiap kali Lebaran bertandang.

Malah, Zul turut memberitahu keluarga terutama arwah ibunya, Allahyarhamha Robiah Nasir, yang sudah menganggap Gayatri seperti anak sendiri.

Sebelum ini, percintaan Zul dengan Gayatri yang terjalin sejak 2012, bukan lagi rahsia.

Bagaimanapun, hubungan itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun sahaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >