Jenama Hilton memang tidak asing dalam kalangan mereka yang gemar melancong dengan syarikat perhotelan global itu mempunyai 22 jenama kelas dunia dengan lebih 7,500 hartanah di serata dunia.
Menurut Laporan Trend 2024 Hilton, kira-kira 45 peratus individu merentas semua generasi mengutamakan pelancongan sebagai cara untuk berhubung semula dengan rakan-rakan dan keluarga.