Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Raja Gelek, M. Daud Kilau, meninggal dunia

Dec 18, 2023 | 06:59 PM



KUALA LUMPUR: Penyanyi legenda Malaysia yang terkenal dengan julukan Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau, meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak pada 4.40 petang, 18 Disember.


Khabar duka itu dikongsi cucu Allahyarham yang dikenali sebagai Hasnorikram di ‘Instagram Story’-nya. Beliau jelas sangat terkesan dengan pemergian datuknya.

“Atuk saya Mohd Daud bin Kilau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi. Al-Fatihah,” katanya.

Anak M. Daud, Ahmad Zain, turut menyampaikan berita sedih itu kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).

Terdahulu, menerusi temu bual media sebelum ini, Allahyarham mengakui tidak sihat, kebas kaki dan tangan, namun menganggap ia sekadar sakit orang tua.

Laman Astro Awani melaporkan, pemilik nama sebenar, Muhammad Daud Kilau itu, sebelum ini berdepan masalah penyakit jantung, paru-paru berair dan kebas anggota kaki dan tangannya.


Penyanyi berusia 85 tahun itu pada Mei lalu juga pernah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan menyusuli masalah sesak nafas.

Sebelum ini, tersebar beberapa berita palsu bahawa beliau sudah meninggal dunia setiap kali dirinya dimasukkan ke hospital. Ada rakan seni yang bahkan diberitakan bergegas ke rumahnya tetapi diberitahu isterinya beliau masih ada dan ia hanya khabar palsu.

Muhammad Daud yang dilahirkan di Bagan Datoh, Perak, mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio Singapura pada 1968. Pada acara yang berlangsung di Singapura itu, beliau mendendangkan lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.


Bertitik tolak kemenangannya itu, penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu berpeluang menjadi artis rakaman dengan menghasilkan pelbagai album berkonsepkan langgam, asli dan dangdut.


Pada 1985, Allahyarham pernah menjuarai kategori asli dalam Pesta Dendang Rakyat. Jasa dan sumbangannya kepada dunia seni tempatan terbalas apabila beliau dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak pada 1991.


Allahyarham M. Daud ditawarkan menjadi artis rakaman sehingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut.

Aksi M. Daud bergelek selain kecenderungan melaram di pentas sambil menukar persalinan secara spontan, mengumpan peminat sejak era 1980-an. Selain Cek Mek Molek dan Sirih Pinang, M. Daud popular dengan lagu Anak Derhaka, Gila Judi dan Pening yang dirakamkan bersama Ezlynn pada 2003.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >