Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

HOLLYWOOD

Madonna: Terima kasih ayah kerana tak manjakan saya

Jun 26, 2023 | 05:30 AM



Kata-kata yang dicoret penyanyi pop legenda Madonna buat ayahnya yang berusia 92 tahun sempena Hari Bapa yang baru berlalu menyentuh perasaan peminatnya.

“Terima kasih kepada ayah yang enggan memanjakan saya walau dengan apa cara pun,” ujarnya di dalam hantaran Instagram khusus buat bapanya, Silvio Ciccone.

Ikon berusia 64 tahun itu kehilangan ibunya yang meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit barah buah dada pada 1963.

Menurut Madonna, beliau akan sentiasa menghargai ayahnya yang membekalkannya dengan semangat tidak mudah menyerah kalah sejak kecil lagi.

“Selamat Hari Bapa buat semua bapa di luar sana!!! Termasuk kaum wanita yang menggalas peranan sebagai bapa!! Tetapi saya kirimkan ucapan ini khususnya buat bapa saya – Silvio – yang pernah memberitahu saya bahawa beliau tidak akan mudah penat dan jenuh sehinggakan satu detik di mana usahanya membawa pada kegagalan yang tidak boleh dielakkan.

“Terima kasih kerana budaya kerja ayah yang tidak mengenal erti penat serta kasih sayang ayah di samping keengganan ayah memanjakan saya dengan apa jua cara. Ayah mengajar saya bagaimana menjadi wanita yang kuat untuk terus bertahan! Saya sentiasa menghargai jasa ayah. Tapi kadangkala saya benar-benar rasa penat...” tulis Madonna.

Pelantun lagu, Crazy For You itu mengaku pada zaman kegemilangannya sekitar 1980-an, beliau tidak mahu kehilangan bapanya setelah si ayah mengahwini wanita lain pada 1966 selepas pemergian ibunya.


Apabila ayahnya mengahwini Joan, kini 80 tahun, dan mempunyai anak-anak bernama Jennifer, 54 tahun, dan Mario, 53 tahun, itulah kali pertama Madonna berasa remuk-redam.

Beliau memberitahu akhbar Chicago Tribune: “Seperti ramai gadis lain, saya juga amat menyayangi ayah saya dan enggan kehilangannya. Saya kehilangan ibu saya. Saya menjadi seperti ibu. Bagi saya, ayah adalah milik saya tetapi segala kasih sayang itu seakan-akan luput apabila ayah mengahwini ibu tiri saya.


“Pada ketika itu, saya beritahu kepada diri saya, ‘Baikah, saya tak perlukan sesiapa. Tiada orang akan membuat saya patah hati lagi. Saya takkan perlukan sesiapa’.”

Beberapa tahun selepas itu, Madonna dan ayahnya jernihkan hubungan mereka dan bagi ulang tahun si bapa yang ke-90 pada 2021, bintang pop itu mengucapkan terima kasih kepada Silvio kerana segala kasih sayang yang diberikannya dalam hidup.

“Terima kasih kerana memberi saya kehidupan ini. Serta segala nikmat yang ayah berikan kepada saya,” tulis Madonna.

Anak-anak Madonna semuanya ikut serta menyambut hari lahir datuk mereka di rumahnya di Michigan.

Kata Madonna lagi: “Bapa saya adalah seseorang yang mampu bertahan dalam keadaan beliau seorang pendatang ke Amerika yang telah mengharungi pelbagai trauma tetapi akan terus bekerja keras bagi mendapatkan apa sahaja yang dikehendakinya.”

Turut serta dalam montaj video keluarganya adalah lima daripada enam anaknya iaitu Lourdes Leon, 26 tahun; David Banda, 17 tahun; Mercy James, juga 17 tahun; dan kembar 10 tahun, Stella dan Estere. Seorang lagi anaknya, Rocco Ritchie, 22 tahun, tiada bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >