Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kejadian tembak di North Carolina contoh peranan era penstriman langsung

May 09, 2024 | 05:30 AM



NORTH CAROLINA: Encik Saing Chhoeun sedang meninggalkan rumahnya tidak lama selepas 1 petang pada 29 April apabila pasukan petugas Perkhidmatan Marshals Amerika Syarikat memasuki halamannya dengan cepat, mengambil perlindungan di belakang sebuah kereta jenama Honda biru usang.


Sementara tembakan meletup di halaman rumah dua tingkat di sebelah, Encik Chhoeun, 54 tahun, mulai menyiar penstriman langsung kejadian itu ke Facebook daripada iPhone-nya.

Beliau telah mengambil perlindungan di belakang sesuatu yang paling kukuh yang dapat difikirkannya – sebuah peti sejuk pembeku putih yang telah digunakan di bawah kawasan kereta, beberapa langkah dari tempat para pegawai sedang menembak ke arah rumah.

“Saya tidak panik atau takut. Saya tenang,” kata Encik Chhoeun, seorang pelarian Kemboja yang bekerja sebagai pencetak komersial di Amerika.

“Saya bersembunyi di belakang peti sejuk penuh daging – tidak mungkin peluru menembusinya.”

Di akhir kejadian pahit itu, lima orang termasuk empat pegawai polis dan penembak maut, dan lebih ramai lagi cedera dalam insiden sehari paling berdarah bagi penguatkuasaan undang-undang Amerika sejak 2016.

Kejadian tembak-menembak maut itu juga menggambarkan bagaimana pemerhati yang memegang telefon pintar tidak sekadar berlari mencari perlindungan apabila tembakan bermula.

Semakin ramai yang menyiarkan secara langsung perspektif serangan daripada pandangan mereka.

Pakar berkata reaksi itu mencerminkan peranan baru yang dimainkan oleh orang ramai pada zaman telefon pintar.

“Ia menjadi semacam norma sosial,” kata Profesor Karen North, profesor media sosial digital di Universiti Southern California Annenberg.

Manusia sentiasa menghadapi masalah untuk menentukan tanggungjawab orang ramai dalam situasi krisis, kata Profesor North.

Ia tidak selalu selamat untuk melibatkan diri, seperti situasi di North California, dan orang ramai boleh berasa tidak berdaya apabila mereka tidak melakukan apa-apa.

Media sosial telah menyediakan pilihan ketiga.

“Tanggungjawab baru pemerhati” dalam era digital adalah untuk merekodkan apa yang berlaku dengan telefon mereka, katanya.

“Dulu, jika anda melihat sesuatu, katakan sesuatu. Sekarang, Jika anda melihat sesuatu, mulakan rakaman,” kata Profesor North. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >