Kisah pegawai tentera Amerika Syarikat, Alexander Hamilton, yang dikenali sebagai ‘Bapa Pengasas Amerika’ dan juga Setiausaha Pertama Perbendaharaan negara itu antara 1789 dengan 1795, memang dinanti-nanti ramai pencinta seni pementasan di Singapura.
Hamilton ialah pegawai yang berkhidmat sewaktu pimpinan Presiden pertama Amerika, Encik George Washington, dan merupakan tokoh yang diselongkar dalam muzikal yang kini dipentaskan di Teater Sands, Marina Bay Sands (MBS).