Daripada kanak-kanak berusia 11 tahun yang secara bersahaja mencipta lagu ‘suka-suka’ tentang putus cinta kepada pemuzik muda berusia 22 tahun yang wajahnya terpampang pada papan iklan atau ‘billboard’ di Times Square, New York City.
Pencapaian membanggakan itulah yang mengubah sekelip mata hidup bakat Singapura, Shazza atau nama sebenarnya, Shareefa Aminah, yang kini menuntut di tahun kedua Universiti Teknologi Nanyang (NTU).