MEMANG ramai sudah sedia maklum dengan pukauan suara romantis penyanyi 'papan atas' Indonesia, Afgan, tatkala menyanyikan pelbagai lagu cinta seperti Terima Kasih Cinta dan Bawalah Cintaku.
Dalam beberapa wawancara awal, penyanyi berkaca mata berusia 27 tahun ini, melahirkan hasrat merakam album dirinya menyanyi secara langsung diiringi band mahupun muzik akustik.