Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pupuk minat, asah bakat gubah bunga dari tanah liat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pupuk minat, asah bakat gubah bunga dari tanah liat

Dalami ilmu sehingga ke Hawaii, kini berpeluang pamer hasi kraftangan semasa acara "Singapore Maker Extravaganza"
Oct 19, 2019 | 05:30 AM



DARI kelas kerja tangan di hujung minggu sewaktu remaja hinggalah ke Hawaii setelah dewasa untuk mendapatkan ilmu kerja tangan menggunakan tanah liat. Kini sudah tiga belas tahun beliau menjadi pemilik perniagaan yang kini dinamakan FloraClay Singapore yang mengajar dan menjual kraf tanah liat seperti bunga tanah liat.



"Ibu bapa saya lebih suka kami tidak membuang masa jadi mereka menghantar saya ke kursus-kursus berkaitan dengan kraf selalunya pada hujung minggu," cerita Cik Noor Jamilah Ramli, 44 tahun, anak sulung dalam tujuh adik beradik, tentang permulaan minatnya dalam bidang ini.



Minat beliau dalam gubahan bunga, pada waktu itu, dipupuk pula oleh jirannya yang sudi mengajarnya kemahiran itu lebih-lebih lagi kursus sebegitu agak mahal.



Bekas pelajar Politeknik Singapura dalam bidang Pentadbiran Perniagaan ini kemudian memulakan alam pekerjaan. Tetapi, beliau masih tidak melupakan minatnya lebih-lebih lagi apabila Pusat Sains Singapura yang merupakan majikan terakhirnya telah "menanamkan tabiat belajar" pada para pekerjanya.



"Itu memberi saya inspirasi untuk pergi lebih jauh dan saya kembali kepada seni gubahan bunga. Saya terjumpa sebuah lelaman tentang bunga (yang diperbuat dari) tanah liat. Ia ada akademi di Jepun dan Amerika Syarikat. Oleh kerana saya tidak pandai berbahasa Jepun jadi saya terbang ke Hawaii untuk belajar," terang Cik Noor Jamilah yang kemudian turut ke Jepun untuk meneruskan kursus lanjutan di Jepun.



Katanya, beliau memilih untuk mencuba kraf tanah liat kerana lebih murah dan tahan lebih lama berbanding bunga segar. Kerana minat yang mendalam, beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri setelah mencubanya secara sampingan.



"Ramai yang mengatakan yang saya gila kerana meninggalkan pekerjaan yang selesa. Saya fikir saya mahu melakukan sesuatu yang saya benar-benar minat," ujarnya dah akui pada awalnya sememangnya mencabar sehinggalah pasaran mula memberangsangkan dan ada minat dalam pembikinan bunga tanah liat sebagai bengkel dari para pelanggan korporat sebagai mengeratkan ikatan pasukan.



Kini beliau berharap dapat memberi inspirasi kepada pelajar muda dan dewasa untuk mengambil kemahiran baru sambil memanfaatkan daya imaginasi dan penciptaan. Dengan itu beliau telah menyertai "Singapore Maker Extravaganza" anjuran Pusat Sains Singapura, di mana beliau akan mempamerkan bunga realistik yang diperbuat daripada tanah liat. Projek ini, yang dikenali sebagai FloraClaySG, bertujuan untuk mendidik orang ramai bagaimana bunga berasaskan tanah liat adalah penyelesaian mesra alam untuk acara dan restoran untuk mengurangkan kos dan pembaziran.



Ini adalah penyertaannya untuk kali yang keempat. Tahun ini, orang ramai berkesempatan mempelajari bagaimana untuk membuat bunga "peony" menggunakan tanah liat dan bahan aksesori lain.



"Singapore Maker Extravaganza" berlangsung dari 18 hingga 20 Oktober dengan 550 penyertaan di Pusat Sains Singapura di Annexe Hall 1 - 3.



  • Nenie seorang penulis sambilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >