SINGAPURA berjaya menarik pelaburan aset ditetapkan bernilai $11.8 bilion pada tahun lalu, dipacu oleh projek perkilangan besar daripada syarikat semikonduktor dan teknologi biologi, meskipun negara ini masih menghadapi cabaran di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Projek tersebut akan mewujudkan 17,376 pekerjaan baru dalam lima tahun mendatang, dengan sumbangan $16.8 bilion dalam nilai tambah setahun diramalkan, kata Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) semalam.