Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Peniaga sewa kedai kosong di Tg Katong Complex bagi musim Raya

Apr 07, 2022 | 05:30 AM



BANYAK kedai kosong di pusat beli-belah Tanjong Katong Complex (TKC) kini disewakan kepada peniaga yang tidak mempunyai kedai di sana atau penyewa TKC yang memerlukan tempat lebih besar semasa Ramadan.



Penguasa Tanah Singapura (SLA), yang memantau TKC sebagai hartanah milik pemerintah, memberikan peluang bagi mereka menyewa bagi tempoh jangka pendek.



Setakat ini, sambutan yang diterima 'amat menggalakkan', dan kesemua 24 unit dari 25 unit kosong telah pun dapat disewakan sejak 1 Mac lalu hingga beberapa hari selepas Hari Raya yang jatuh pada 3 Mei, ujar SLA kepada Berita Harian (BH).



Selain memberi peluang bagi para peniaga mendapat ruang bagi menjual produk mereka, ia juga merupakan cara bagi menarik lebih ramai pelanggan ke TKC, yang merupakan antara pusat tumpuan utama bagi membeli barangan keperluan Ramadan dan Hari Raya.



"Para penjual ini menjual barangan keperluan Ramadan dan Hari Raya, termasuk pakaian Melayu, makanan, barangan seni lantas, meningkatkan kepelbagaian tawaran Hari Raya kepada masyarakat Melayu,'' ujar jurucakap SLA.



Beberapa penyewa bagi tempoh pendek ini memulakan perniagaan mereka seawal 1 Mac lalu dan akan berniaga sehingga selepas Hari Raya.



"Ia akan meningkatkan kerancakan dan menarik lebih ramai pengunjung ke pusat -beli-belah itu semasa tempoh perayaan ini,'' tambah jurucakap itu.



Salah seorang yang memanfaatkan peluang itu ialah pemilik jenama pakaian Natalie La Bella, Encik Mohd Aidil Anuari, 37 tahun, yang mula berniaga di TKC sejak Isnin lalu.



Beliau memang biasa menyertai bazar Raya sebelum Covid-19 tetapi tidak menyertainya tahun ini.



Oleh kerana rindu dengan suasana di kawasan Geylang, beliau dan isteri yang sudah 10 tahun berniaga dalam talian, memutuskan menyewa kedai di tingkat tiga TKC selama sebulan.



"Kami dapat tahu bahawa TKC ada sewakan kedai kosong ini dari kawan. Ia merupakan peluang yang baik bagi peniaga seperti saya. Sudah rindu hendak bertemu dengan pelanggan secara fizikal kerana sebelum ini kami hanya menjual dalam talian. Ia merupakan peluang yang baik memandangkan harga sewa yang dikenakan di TKC amat berpatutan," kata Encik Aidil, yang mempunyai ruang menyimpan stok pakaiannya di Centropod, tetapi hanya digunakan bagi membuat penjualan secara 'live' atau langsung dalam talian.



Menurutnya, beliau membayar sekitar separuh harga sewa di TKC, berbanding sebanyak $4,000 yang dibayar bagi menyewa gerai bazar Raya di Geylang Serai pada 2019.



Selain itu, beliau juga membayar deposit sebanyak $450 bagi kedai di TKC dan sebahagiannya akan digunakan bagi memotong bil elektrik dan air.



"Tempatnya juga selesa dan berhawa dingin, jadi ia merupakan pilihan yang baik bagi kami meraih manfaat pelanggan yang datang ke TKC semasa musim perayaan ini,'' ujar Encik Aidil, yang menyatakan penjualan semasa musim Raya biasanya memberikan penjualan 30 hingga 40 peratus lebih tinggi dari hari-hari biasa.



Sejauh ini, penjualannya di TKC amat menggalakkan lebih-lebih lagi apabila beliau mempromosikannya dalam talian.



Pada hari-hari biasa, beliau menjual pakaian kasual dan aksesori wanita, tetapi sempena Ramadan, beliau menjual pakaian baju kurung wanita, kurta lelaki dan kanak-kanak dan biskut Raya.



Diburukkan dengan pandemik Covid-19, kadar kedai yang tidak disewakan di TKC mencecah 10 peratus tahun lalu lalu berbanding 1 peratus pada 2018, ujar SLA kepada BH.



TKC akan ditutup bagi kerja-kerja baik pulih yang akan dilaksanakan mulai Ogos 2023.



Selepas menjalani kerja-kerja baik pulih yang dijangka berakhir Julai 2026, pengunjung boleh menjangkakan antara lain ruang makanan dan minuman (F&B) di atas bumbung dan ruang bagi menjalankan program-program masyarakat, kata SLA sewaktu pengumuman dibuat Disember tahun lalu.



BERITA SEKITAR RAMADAN "Kami dapat tahu bahawa TKC ada sewakan kedai kosong ini dari kawan. Ia merupakan peluang yang baik bagi peniaga seperti saya. Sudah rindu hendak bertemu dengan pelanggan secara fizikal kerana sebelum ini kami hanya menjual dalam talian. Ia merupakan peluang yang baik memandangkan harga sewa yang dikenakan di TKC amat berpatutan."



- Pemilik jenama pakaian Natalie La Bella, Encik Mohd Aidil Anuari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >