Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DAPAT KERJA DI TENGAH-TENGAH PANDEMIK

Pengalaman berharga sahut cabaran sebagai ahli radiografi semasa pandemik

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



MINATNYA bekerja dalam bidang kesihatan bermula sejak kecil apabila beliau sering menemani ibu dan datuknya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan yang perlu dijalankan datuknya.



Setelah selesai peperiksaan peringkat GCE 'O', Cik Nur Asyiqin Yohannes, 24 tahun, menyambung pengajiannya di Politeknik Ngee Ann untuk kursus Diploma dalam Kejuruteraan Bioperubatan.



Namun, semasa menjalani latihan amali sebahagian daripada pengajiannya di sana, Cik Asyiqin mendapati beliau lebih berminat bekerja dengan pesakit, dan bukan hanya dengan peralatan perubatan.



Selepas tamat pengajian diploma, beliau mula meneroka bidang yang membolehkannya bekerja dengan pesakit, maka Cik Asyiqin kemudian memutuskan untuk mengikuti kursus Radiografi Diagnostik yang ditawarkan di Institut Teknologi Singapura (SIT).



Kursus ini, katanya, membolehkannya bukan sahaja berinteraksi dengan pesakit, malah mengendalikan mesin dan peralatan yang digunakan di hospital.



"Saya memilih radiografi kerana saya rasa ia lebih rencam, saya masih boleh mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari dari kursus diploma saya dan juga modul radiografi yang telah dipelajari di universiti," jelasnya.



Cik Asyiqin tergolong dalam kohort pertama jurusan Kesihatan Bersekutu yang ditawarkan di SIT.



Setelah menamatkan pengajiannya pada April tahun lalu, Cik Asyiqin menghadiri sesi temu ramah untuk jawatan ahli radiografi di Hospital Besar Singapura dan ditawarkan jawatan itu dengan serta-merta kerana pekerja kesihatan sangat diperlukan pada waktu itu.



Cik Asyiqin memulakan pekerjaannya di barisan hadapan pada Jun 2020, sewaktu Singapura sedang melalui pemutus litar di tengah-tengah wabak Covid-19 yang sedang menular.



Walaupun masih baru, Cik Asyiqin menyahut cabaran itu kerana niatnya mahu membantu pesakit.



Di antara tanggungjawabnya sebagai ahli radiografi ialah memastikan prosedur yang betul dijalankan ke atas penyakit.



"Kami harus periksa prosedur yang perlu dilakukan untuk seorang penyakit adalah betul, dan kawasan badan yang perlu menjalani prosedur itu, contohnya prosedur X-ray," jelasnya.



"Untuk pesakit wanita pula, kami juga harus memastikan jika mereka hamil atau tidak kerana prosedur yang dilakukan melibatkan radiasi yang boleh memberi kesan sampingan kepada kandungan," tambahnya lagi.



Semasa dihubungi Berita Harian, gadis periang ini menjelaskan bahawa walaupun agak mencabar, beliau tidak gentar dengan persekitaran pantas sewaktu pandemik di lantai jabatan kecemasan hospital itu.



"Ia merupakan satu pengalaman yang membuka mata saya kerana saya dapat lihat bagaimana pihak hospital mengambil langkah untuk melindungi bukan sahaja para pesakit, malah pekerja-pekerja di hospital ini juga, untuk mengelakkan penyebaran Covid-19 di sini," ujar Cik Asyiqin.



"Namun, saya rasa ia satu pengalaman yang berharga sekali kerana sekiranya terdapat wabak yang berlaku di masa hadapan, saya tahu apa yang perlu dilakukan," tambahnya lagi.



Ditanya bagaimana beliau mempersiapkan diri sebelum memulakan pekerjaan mencabar ini, beliau menjawab: "Dapatkan rehat dengan cukup. Pekerjaan ini sangat memenatkan, jadi cara yang terbaik ialah untuk mendapatkan rehat secukupnya."



Cik Asyiqin menambah, kerana waktu kerjanya yang padat dan mencabar, anggota keluarganya agak bimbang semasa beliau memulakan pekerjaannya itu.



"Mereka risau dan menyuruh saya lebihkan masa rehat. Tetapi mereka sangat bangga dengan apa yang saya sedang lakukan kerana niat dan tanggungjawab saya terhadap pesakit," kata anak bongsu dalam keluarga dua beradik itu lagi.




"...saya dapat lihat bagaimana pihak hospital mengambil langkah untuk melindungi bukan sahaja para pesakit, malah pekerja-pekerja di hospital ini juga, untuk mengelakkan penyebaran Covid-19 di sini. Namun, saya rasa ia satu pengalaman yang berharga sekali kerana sekiranya terdapat wabak yang berlaku di masa hadapan, saya tahu apa yang perlu dilakukan."
- Cik Nur Asyiqin Yohannes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >