Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS mahu DBS tangani gangguan terbaru secara berkesan

May 08, 2024 | 05:12 PM



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) terus berhubungan dengan Bank DBS untuk memastikan bank tersebut mengenal pasti punca gangguan terbaru terhadap khidmat perbankan dan khidmat pembayaran, dan mengatasinya secara berkesan.

Menyusuli beberapa siri gangguan pada 2023, khidmat perbankan dalam talian DBS dan POSB tidak dapat digunakan sekali lagi pada 2 Mei.

Gangguan terbaru itu berlaku walaupun pelan pemulihan bank itu untuk mengenal pasti dan mengatasi punca gangguan yang berlaku pada 2023 masih dilaksanakan.

“Walaupun DBS telah mencapai kemajuan ketara untuk menangani kelemahan yang dikenal pasti daripada gangguan perkhidmatan yang dialami pelanggannya pada 2023, pelan pemulihan DBS masih belum selesai dan pelaksanaannya masih diteruskan,” kata jurucakap MAS kepada The Straits Times (ST) pada 7 Mei.


Gangguan tersebut berlaku hanya dua hari selepas MAS pada 30 April menyatakan ia tidak merancang melanjutkan arahan agar DBS berhenti selama enam bulan daripada membuat perubahan teknologi maklumat (IT) yang tidak penting.

Jurucakap MAS berkata: “Tempoh enam bulan ini akan membolehkan DBS menumpukan sumber dan perhatian pihak pengurusan pada kerja pemulihan, dan bank ini komited untuk terus memberi perhatian bagi menyelesaikan pelan pemulihan ini.”

MAS sedang memantau kemajuan DBS bagi memastikan langkah pemulihan itu dilaksanakan secara berkesan.

Namun, keperluan modal tambahan yang dikenakan MAS terhadap DBS pada 5 Mei 2023 disebabkan gangguan tersebut, masih dikekalkan.

Ini menjadikan jumlah keperluan modal kawal selia tambahan bank itu kepada kira-kira $1.6 bilion.

Menurut MAS, keperluan modal tambahan itu akan ditarik balik apabila MAS berpuas hati bahawa DBS berupaya memberi perkhidmatan yang sentiasa tersedia dan dipercayai, serta mengurus sebarang gangguan dengan berkesan.

Berbanding gangguan perkhidmatan pada 2023 yang berlaku selama lapan hingga 12 jam, insiden gangguan pada 2 Mei lalu dapat dihuraikan dengan lebih pantas, kata pemerhati pasaran.

Nota pemberitahuan berbentuk ‘banner’ di aplikasi telefon bimbit DBS dipaparkan sekitar 6 petang, memaklumkan pelanggan bahawa akses kepada khidmat digital tidak disediakan dan bank itu sedang menghuraikan isu tersebut.

Khidmat digibank DBS dan POSB secara dalam talian dan melalui telefon bimbit, masing-masing pulih sekitar 7.35 malam dan 7.40 malam.

Khidmat DBS PayLah! pulih sekitar 8 malam.

Namun, tanpa mengetahui butiran gangguan terbaru DBS, beberapa pakar teknologi maklumat (IT) berkata amat sukar untuk mengenal pasti punca gangguan tersebut.

Gangguan tersebut boleh berlaku atas pelbagai sebab, contohnya, pelayan atau server, penyimpanan, rangkaian komputer, dan pangkalan data, kata mereka.


Gangguan juga boleh disebabkan oleh kesilapan manusia dan isu pihak ketiga, contohnya, kabel di pusat data yang terputus atau terbakar secara tidak sengaja.

Pada 14 Oktober 2023, khidmat perbankan dan pembayaran digital DBS dan Citibank terganggu selama berjam-jam disebabkan masalah teknikal daripada sistem pendinginan di pusat data kendalian Equinix.

Pada 30 April, DBS menyatakan ia sedang berusaha mengukuhkan seni bina sistem bank itu, selain mewujudkan lebih banyak alat pemantauan untuk mengesan masalah yang mungkin timbul, dengan lebih cepat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >