Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Laba Raffles Medical Group junam 63.8% pada separuh kedua 2023

Feb 26, 2024 | 05:52 PM



Keuntungan bersih bagi firma penyedia penjagaan kesihatan privet bersepadu, Raffles Medical Group (RMG), menjunam 63.8 peratus kepada $30.3 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2023, daripada $83.7 juta bagi tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Ini berikutan pelbagai kegiatan berkaitan pandemik Covid-19 yang dihentikan pada tahun kewangan 2023, menurut kumpulan itu pada 26 Februari.

Namun syarikat itu optimistik mengenai prospek perniagaannya bagi 2024, kata pengerusi eksekutif RMG, Encik Loo Choon Yong,

“Walaupun menghadapi cabaran geopolitik dan ekonomi, kami melihat permintaan semakin meningkat bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan bermutu di Singapura dan rantau ini,” ujar Dr Loo.

“Kekuatan dan ketangkasan operasi kami membolehkan kami memenuhi keperluan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan yang berkembang bagi mereka yang kami berikan khidmat dan penjagaan di Asia,” tambahnya.

Kumpulan itu menyatakan ia akan terus melaksanakan strategi pertumbuhan dan perubahan, serta membina kekuatan sedia ada melalui rangkaian hospital dan kliniknya di 14 bandar di Asia, menurut akhbar The Straits Times (ST).


Pendapatan syarikat merosot 18.6 peratus kepada $336.2 juta pada separuh kedua 2023.

Pendapatan bagi seluruh tahun 2023 turun 14.1 peratus kepada $706.9 juta.

Sementara itu, keuntungan bersih untuk seluruh tahun 2023 menjunam 37.1 peratus kepada $90.2 juta, lebih rendah daripada $143.2 juta yang dicatat pada 2022.

Pendapatan sesaham ialah 4.85 sen untuk seluruh tahun 2023, turun daripada 7.71 sen pada 2022.

Pengarah mengusulkan dividen akhir sebanyak 2.4 sen sesaham.

Raffles Medical menyatakan ia menjangka akan menarik lebih ramai doktor pakar, doktor keluarga, jururawat dan karyawan kesihatan bersekutu untuk meningkatkan keupayaannya merentasi semua operasi syarikat itu.

Ia juga akan terus mengubah suai strategi pengurusan kapasitinya, termasuk menambah baik wadah khidmat telekonsultasi untuk mengurus bilangan pesakit yang bertambah secara lebih cekap dan memperbaiki pengalaman pesakit, katanya.

Syarikat itu juga akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mengendali kemudahan penjagaan lanjutan atau step-down, di Singapore Expo dan Hospital Raffles Singapura, dengan 176 katil tambahan khusus bagi program Kemudahan Penjagaan Peralihan.


Kemudahan tersebut disediakan semasa musim pandemik Covid-19 agar hospital tidak dibebani dengan bilangan pesakit yang terlalu ramai.

Bagaimanapun, ia masih dikekalkan untuk pesakit dari hospital awam yang stabil dari segi kesihatan dan menantikan aturan penjagaan jangka panjang, seperti penjagaan di rumah atau rumah kejururawatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >