Sebagai peniaga kuih-muih tradisional Melayu, Cik Adibah Ahmad, memastikan keaslian produknya terus terjaga dengan dihasilkan mengikut resipi dan cara yang diwarisi turun-temurun.
Pada masa yang sama, pemilik kedai Deli Maslina itu sedar tentang perubahan sikap pelanggan di samping perlunya menyuntik kesegaran dalam produk itu bagi mendekati pelanggan dengan lebih berkesan.