Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Grace Fu: Asean boleh tingkatkan dagangan tenaga bersih

May 09, 2024 | 07:26 PM



Asean boleh meningkatkan perdagangan dalam tenaga bersih dan menyelaras piawaian dalam pelaporan dan pengesahan iklim untuk mempercepat peralihan tenaganya, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada 9 Mei.

“Dengan menggalak perdagangan tenaga boleh diperbaharui, Asean bukan sahaja meraih manfaat dengan menyahkarbon sektor tenaga, malah memperkukuh daya tahan grid (tenaga) bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Dialog Singapura mengenai Sumber Dunia Mampan (SWR), anjuran Institut Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA).

Acara di Hotel Fullerton itu mengumpulkan penggubal dasar, wakil industri, wakil kumpulan bukan pemerintah, ahli akademik dan media, lapor The Business Times (BT)


Dalam ucapannya, Cik Fu berkata Projek Penyepaduan Kuasa (Elektrik) antara Singapura dengan Laos, Thailand dan Malaysia telah menjadi “pencari laluan” bagi grid tenaga serantau yang lebih luas.

Di bawah projek tersebut, Singapura akan mengimport sehingga 100 megawat kuasa hidro dari Laos, melalui Thailand dan Malaysia.

“Langkah seterusnya ialah mengembangkan perdagangan tenaga serantau dan menyasar grid kuasa bagi seluruh Asean,” kata Cik Fu.

Ini disebabkan pengagihan sumber tenaga boleh diperbaharui yang tidak sama di Asean dan gangguan sumber tenaga elektrik, katanya.

Mengenai gesaan beliau agar Asean menyelaras piawaian pemantauan, pelaporan dan pengesahan (MRV) iklim, beliau berkata ia bukan sahaja akan meningkatkan kebertanggungjawaban tindakan iklim Asean, malah menyokong pembangunan pasaran karbon.

Asean dan Jepun bekerjasama sejak 2019 untuk membina keupayaan MRV melalui inisiatif yang dikenali sebagai Kerjasama untuk Memperkukuh Ketelusan bagi Inovasi Bersama (Pasti).

Langkah seterusnya ialah melaksanakan garis panduan pemantauan dan pelaporan pelepasan gas rumah hijau di seluruh negara anggota Asean sebagai satu usaha perintis, tambah beliau.

Perubahan iklim merupakan isu mendesak bagi 10 negara anggota Asean, yang sudah pun mengalami kesan cuaca ekstrem.

Cik Fu menarik perhatian bahawa Myanmar baru-baru ini merekodkan suhu tertinggi 48.2 darjah Celsius pada April, dan indeks haba Thailand mencatat suhu melebihi 52 darjah Celsius.

Bagaimanapun, rantau ini sangat bergantung pada tenaga arang batu dan bahan api fosil lain, dan memerlukan pembiayaan hijau dengan segera untuk membuat peralihan kepada tenaga mampan.

Cik Fu akur bahawa usaha sedang dilakukan dalam perkara tersebut, seperti pelancaran inisiatif Kerjasama Pembiayaan Peralihan Asia (Fast-P), yang bertujuan mengumpul pembiayaan sehingga AS$5 bilion ($6.78 bilion) untuk mengurangkan risiko projek peralihan tenaga.

Beliau menggesa Asean mengumpul pengalaman semua negara anggota dan memudahkan perkongsian amalan terbaik mengenai tindakan iklim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >