Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekon S’pura tumbuh 1.1% pada 2023

Feb 15, 2024 | 03:17 PM



Ekonomi Singapura berkembang 2.2 peratus pada suku keempat 2023 berbanding tempoh sama 2022, lebih perlahan daripada anggaran awal pemerintah dan pakar ekonomi.

Ini menjadikan pertumbuhan ekonomi Singapura bagi seluruh 2023 mencapai 1.1 peratus, lebih rendah berbanding pertumbuhan 3.8 peratus yang diraih pada 2022, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada 15 Februari.

Angka tersebut juga lebih rendah daripada anggaran pertumbuhan 1.2 peratus yang diumumkan MTI pada Januari.

Penganalisis yang ditinjau Bloomberg menjangka Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) naik sebanyak 2.5 peratus pada suku akhir 2023, manakala pemerintah pula pada awalnya menjangka pertumbuhan GDP sebanyak 2.8 peratus.


Bagi keseluruhan 2024, MTI mengekalkan ramalan pertumbuhan ekonomi antara 1 dengan 3 peratus, dengan menyatakan prospek permintaan luar Singapura bagi 2024 pada umumnya tidak berubah sejak semakan terakhir pada November 2023, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Pertumbuhan ekonomi negara maju dijangka lebih perlahan pada separuh pertama 2024, pada umumnya disebabkan keadaan kewangan ketat yang berterusan, sebelum ia diramal pulih secara beransur-ansur, seiring jangkaan dasar kewangan lebih longgar akan dilaksanakan apabila tekanan inflasi berkurangan.

Dalam pada itu, ekonomi serantau dijangka berkembang sepanjang 2024, sebahagiannya disebabkan permintaan barangan elektronik yang semakin pulih di seluruh dunia.

Namun begitu, risiko yang dihadapi ekonomi sedunia masih ketara, menurut MTI.

Pertama, konflik Israel-Hamas dan peperangan di Ukraine yang semakin memuncak boleh mengganggu rantaian bekalan sedunia dan pasaran komoditi. Ini akan menjejas perdagangan dan pertumbuhan di seluruh dunia.

Kedua, langkah mengetatkan dasar kewangan yang mengambil masa untuk memberi kesan kepada ekonomi, boleh menunjukkan kelemahan dalam sistem perbankan dan kewangan, dan menyebabkan tekanan ke atas ekonomi serantau yang mempunyai keperluan pembiayaan dari luar negara.

Dengan latar belakang tersebut, sektor perkilangan dan berkaitan perdagangan Singapura dijangka tumbuh secara beransur, seiring pemulihan permintaan barangan elektronik sedunia, menurut MTI.

Khususnya, kelompok elektronik dan kejuruteraan jitu dalam sektor perkilangan diramal pulih semula, terutama dengan jualan semikonduktor yang pulih dengan lebih kukuh di seluruh dunia dan Singapura, tambahnya.

Sementara itu, permintaan perjalanan udara dan pelancongan yang terus pulih akan menyokong pertumbuhan dalam sektor pelancongan dan penerbangan Singapura, termasuk aeroangkasa, pengangkutan udara dan penginapan, serta sektor yang berdepan dengan pengguna, seperti niaga runcit dan khidmat makanan dan minuman.

Namun kadar pertumbuhan bagi kebanyakan sektor tersebut dijangka lebih perlahan pada 2024 berbanding 2023, menurut MTI.

Pertumbuhan GDP pada 2023 pada umumnya didorong perkhidmatan lain, seperti sektor maklumat dan komunikasi, kata setiausaha tetap pembangunan MTI, Encik Beh Swan Gin, pada taklimat media mengenai laporan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >