Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM M’SIA

Zafrul yakin walau bertanding di kubu kuat PH

Nov 17, 2022 | 05:30 AM



PENCALONAN Menteri Kewangan dan ahli korporat bank, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, dari Barisan Nasional (BN) di Kuala Selangor, sebuah kawasan kampung yang terpencil, sering menjadi tanda tanya.



Selangor adalah negeri penyumbang ekonomi tertinggi di Malaysia.



Ia juga adalah kubu kuat Pakatan Harapan (PH) sejak 2008.



Malah, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, BN hanya berupaya memenangi satu daripada 22 kerusi Parlimen Selangor.



Oleh itu, kehadiran seorang Menteri Kewangan berkaliber tinggi di Selangor adalah satu risiko besar, apatah lagi tanpa pengalaman kali pertama berkempen dalam PRU15.



Namun begitu, Tengku Zafrul, 49 tahun, yang pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank, kelihatan gigih dan bertenaga walaupun sudah lapan hari berkempen.



Beliau mula aktif di Kuala Selangor sejak awal tahun ini walaupun waktu itu beliau seorang senator yang dilantik menjadi menteri kabinet pada 2020 kerana kepakarannya dalam bidang kewangan dan ekonomi.



Ketika ditemui semasa lawatan bertemu penduduk di Sasaran, sebuah pekan kecil di Jeram, beliau kelihatan selesa bergaul mesra dengan ramai pekedai runcit berbangsa Cina di situ.



"Bagi saya, seorang yang berlatarbelakang korporat dan menteri kewangan hampir tiga tahun, kita memang turun padang dalam sesi bersama rakyat dalam memperkenalkan polisi dan dasar semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).



"Bukan hanya berkempen, kita turun kerana kalau kita sebagai penggubal dasar tidak turun ke lapangan, susah untuk kita fahami isu yang dihadapi," kata beliau.



Menurut Tengku Zafrul, walaupun terdapat kebimbangan kos sara hidup semakin meningkat, kadar inflasi di Malaysia sekitar 3.3 peratus tahun ini adalah lebih rendah berbanding negara jiran Singapura, Thailand dan Filipina.



"Kerajaan mengambil pendekatan proaktif dalam mengawal dan mengurangkan tekanan impak inflasi terhadap rakyat.



"Tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan subsidi bernilai lebih RM77 bilion ($23.14 bilion) untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat." kata beliau.



Malah bagi belanjawan 2023, RM55 bilion telah diperuntukkan bagi menangani masalah inflasi.



Beliau yakin walaupun negara itu terjejas dengan pandemik Covid 19, pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini akan mencapai kadar antara 6.5 dengan 7 peratus.



Ini kerana pertumbuhan pesat sepanjang sembilan bulan lalu pada kadar 9.3 peratus adalah yang tertinggi sejak dua dekad.



Pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan dijangka berada pada kadar 4-5 peratus.



Ketika ditanya tentang peluang memenangi persaingan empat penjuru Kuala Selangor, beliau menjawab:



"Saya tidak fikir sangat mengenai peluang untuk menang... lebih penting ialah sama ada saya dapat memberi keyakinan kepada pengundi untuk memilih calon komited yang akan bekerja dan berkhidmat kepada mereka sebagai wakil rakyat."




  • Penulis mantan wartawan kanan BH yang kini menetap di Kuala Lumpur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >