Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS yakin usul Hamas dapat atasi kebuntuan gencatan

PBB: Kereta kebal Israel gerak masuk ke Rafah, penduduk dicengkam ‘panik dan putus asa’
May 08, 2024 | 01:40 PM



WASHINGTON, KAHIRAH, BAITULMAKDIS: Amerika Syarikat percaya jurang perbezaan yang masih ada antara Israel dengan Hamas boleh dirapatkan dalam rundingan gencatan senjata yang disambung di Kahirah, Mesir, pada 8 Mei.


Kesemua lima delegasi yang menyertai rundingan itu – Hamas, Israel, Amerika, Mesir dan Qatar – memberi reaksi positif terhadap penyambungannya, kata dua sumber Mesir.

Pengarah Agensi Risik Pusat (CIA) di Amerika, Encik Bill Burns, ke Israel dari Kahirah pada 8 Mei untuk bertemu Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dan pegawai negara itu, kata sumber yang tahu mengenai lawatan tersebut.

Israel pada 7 Mei menyatakan cadangan tiga fasa yang dipersetujui Hamas tidak boleh diterima kerana tidak memenuhi syarat utamanya.

Jurucakap Rumah Putih, Encik John Kirby, berkata Hamas membentangkan cadangan yang telah disemak dan teks baru itu mencadangkan jurang selebihnya boleh “ditutup sepenuhnya”.

Sejak gencatan senjata pertama selama seminggu pada November, dua pihak itu menghadapi jalan buntu ekoran keengganan Hamas membebaskan lebih ramai tebusan Israel dan Israel berpendirian gencatan senjata hanya untuk sementara.

Di tengah-tengah rundingan tersebut, rakaman video tentera Israel pada 7 Mei menunjukkan kereta kebalnya bergerak masuk ke lintasan Rafah, di sempadan antara Gaza dengan Mesir, dan bendera Israel dinaikkan di bahagian Gaza.

Israel berkata Rafah adalah kubu terakhir pejuang Hamas yang perlu dimusnahkannya.

Seorang pegawai Hamas, Encik Osama Hamdan, yang bercakap kepada wartawan di Beirut, Lebanon, memberi amaran bahawa jika pencerobohan tentera Israel berterusan di Rafah, tidak akan ada perjanjian gencatan senjata.

Tentera Israel berkata ia menjalankan operasi terhad di Rafah untuk menghapuskan pejuang dan membongkar prasarana Hamas, yang mentadbir Gaza.

Ia telah mengarahkan penduduk Palestin di situ supaya pindah ke “zon kemanusiaan yang diperluas”, kira-kira 20 kilometer dari Rafah.

Di Geneva, jurucakap pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Cik Jens Laerke, berkata “keadaan panik dan putus asa” mencengkam penduduk Rafah.

Penduduk melaporkan kereta kebal Israel membedil beberapa kawasan di timur Rafah pada 7 Mei.

Sebuah bangunan perbandaran Rafah terbakar, seorang rakyat Palestin terbunuh dan beberapa yang lain cedera, kata pegawai perubatan, sambil menambah bahawa dua rakyat Palestin yang menaiki motosikal turut maut.

Pegawai kesihatan berkata Hospital Abu Yousef Al-Najar di Rafah telah ditutup selepas pengeboman di kawasan berhampiran, memaksa kakitangan perubatan dan sekitar 200 pesakit melarikan diri.

PBB dan agensi bantuan antarabangsa berkata penutupan dua lintasan ke selatan Gaza – Rafah dan Kerem Shalom, yang dikuasai Israel – hampir memutuskan kawasan itu daripada bantuan luar. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >