Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Melayu penari utama kepala tarian singa Cina

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Bayangkan tarian singa penuh aksi akrobat dan langkah seni kung fu diiringi rentak gendang dan gembereng (simbal) di majlis Tahun Baru Cina.



Penari utama yang menggayakan kepala singa seberat lapan kilogram itu kelihatan tangkas bergerak dalam persembahan 15 minit tanpa henti yang memerlukan stamina tinggi.



Pada akhir pesembahan, seorang wanita Melayu bertubuh kecil molek tersenyum di sebalik kepala singa itu.



"Sejak remaja saya teruja dengar bunyi gendang tarian singa. Tak tau pun ada orang di dalam itu, tapi selalu bertanya apa sebenarnya keistimewaan budaya Cina ini?" kata Cik Siti Saleha Salleh sambil tertawa.



Beliau mula aktif pada usia 22 tahun menjadi anggota kumpulan tarian singa Muhibah, satu-satunya kumpulan berbilang kaum yang ditubuhkan khas untuk menggalak penyertaan belia bukan Cina.



"Pada mulanya malu juga sebab ramai lelaki dan saya seorang sahaja perempuan dan Melayu pulak itu. Tapi keluarga tak bantah jadi saya teruskanlah," jelas beliau.



Bermula dengan belajar bermain gembereng dan gendang, latihan fizikal gerak seni kung fu dan kemudian baru diajar memahami gerak langkah tarian singa.



Hanya setelah lima tahun berlatih, termasuk menari sebagai ekor singa, baru beliau diberi kepercayaan membuat persembahan penuh.



Pada usia lewat 20-an tahun, Cik Siti Saleha mencipta sejarah menjadi wanita Melayu pertama di Malaysia diberi penghormatan sebagai penari utama kepala singa.



Walaupun kini berusia awal 40-an tahun, sudah berumah tangga dan menjadi usahawan firma sistem komputer, beliau masih cergas, bertenaga membuat persembahan.



"Apabila saya memakai kepala singa itu, saya akan menjiwai watak dan sifat semula jadi singa. Bergerak seperti singa. Itu bukan saya lagi. Ia memerlukan koordinasi agak rumit, menggerakkan kelopak mata dan telinga singa semasa membuat persembahan," katanya.



"Sebenarnya, disiplin latihan fizikal dan mental yang saya lalui dalam tarian singa membina keyakinan diri dan nilai peribadi yang baik. Kumpulan ini sudah seperti keluarga sendiri dan kami sejak awal lagi dilatih menghormati perbezaan kaum, budaya dan agama.



"Umpamanya, mereka menghormati pendirian saya jika enggan menyertai ritual persembahan yang saya rasa mungkin merosakkan akidah agama saya," ujarnya.



Kehadirannya di majlis perayaan sering menjadi perhatian dan rasa kagum masyarakat Cina yang seolah-olah kurang percaya seorang wanita Melayu berupaya menjadi penari utama kepala singa.



"Oleh kerana saya terdedah kepada budaya dan adat resam kaum Cina, ramai rakan Melayu saya sering bertanya saya jika mereka mahu memahami sesuatu," kata Cik Siti Saleha, yang memahami bahasa Kantonis dan Hokkien tetapi belum fasih bertuturnya.



Beliau yakin pengalamannya itu dapat membantu menyemai rasa toleran dan persefahaman kepelbagaian kaum, agama dan budaya dalam masyarakat majmuk Malaysia.



  • Penulis mantan wartawan BH dan kini tinggal di Kuala Lumpur. Beliau penulis tamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >