Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KONFLIK ISRAEL-PALESTIN

Wakil PBB gesa proses politik yang telus di Gaza

May 25, 2021 | 05:30 AM



GAZA: Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menggesa 'proses politik yang telus' bagi mengelakkan pertumpahan darah berlanjutan susulan pertempuran antara pejuang Hamas dengan Israel yang memusnahkan wilayah itu.



Wakil tertinggi PBB berkunjung ke Gaza selepas gencatan senjata diisytiharkan Jumaat lalu dalam rakyat Palestin di Jaluran Gaza berusaha memulakan semula kehidupan seperti biasa secara beransur-ansur. Ketua Agensi Kerja dan Bantuan PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Encik Philippe Lazzarini, berkata pembinaan semula perlu berjalan seiring dengan usaha mewujudkan 'persekitaran politik yang berbeza'.



"Kita perlu ada tumpuan yang benar-benar jujur bagi pembangunan rakyat, mendapatkan akses kepada pendidikan, pekerjaan dan mata pencarian.Tetapi ia mesti disertai proses politik yang telus," katanya.



Terdahulu ketika diwawancara wartawan, beliau berkata penderitaan rakyat Gaza semakin berganda kerana punca berlakunya konflik tidak diberikan perhatian.



Kelmarin, kumpulan sukarelawan membersihkan tapak bangunan yang runtuh akibat serangan dahsyat Israel.



Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, serangan udara Israel ke atas Gaza sejak 10 Mei lalu mengakibatkan sekurang-kurangnya 248 rakyat Palestin terkorban, termasuk 66 kanak-kanak dan 39 wanita, sementara 1,948 sejauh ini cedera dan puluhan ribu lagi hilang tempat tinggal disebabkan kemusnahan teruk bangunan dan prasarana awam, seperti sistem saluran air, sistem pembetungan najis dan air kumbahan, sekolah, hospital, klinik dan pelbagai lagi di wilayah terpencil itu.



Ia adalah siri serangan terbaru yang melanda wilayah diduduki lebih dua juta penduduk yang sebelum ini menyaksikan tiga peperangan tercetus dengan Israel sejak 2008. - BHM, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >