Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tembakan belon pengintip provokasi terbaru libat AS, China

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Insiden cemas penembakan jatuh belon pengintip China yang disyaki, di pesisir pantai Carolina Selatan, adalah yang terbaru dalam sejarah provokasi dan kejadian nyaris membawa padah, antara Amerika Syarikat dan China.



Beberapa perselisihan tercetus, melibatkan Laut China Selatan, apabila Amerika Syarikat mencabar keinginan China yang cuba menguasai perbatasan Pasifik Barat yang disifatkan amat penting dari segi ekonomi dan politik serantau.



Berikut adalah sejarah ringkas beberapa insiden yang nyaris membawa padah.



2022: Jet pejuang nyaris bertembung



Sebuah jet pejuang China, Su-30 "berinteraksi secara tidak selamat" dengan sebuah pesawat Amerika Syarikat C-130 yang sedang menjalankan operasi khas di Laut China Selatan pada Jun 2022.



Insiden itu dilaporkan beberapa minggu kemudian, tetapi tiada maklumat lanjut yang diberikan.



Ketika itu, juruterbang tentera China dikatakan bertindak agresif di rantau itu terhadap pesawat Australia dan Canada.



"Kita telah melihat semakin banyak kegiatan pintas-memintas yang "tidak selamat" oleh Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China," kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin, ketika itu.



2022: Kapal perang Amerika Syarikat diberi amaran - ulangan



Pada Januari 2022, tentera China memberi amaran kepada kapal perang Amerika Syarikat, USS Benfold, apabila kapal itu memasuki perairan Beijing berhampiran Kepulauan Paracel di Laut China Selatan.



Kapal perang itu telah "memasuki secara haram" perairan China yang disifatkan sebagai "tindakan provokasi," kata tentera China.



Angkatan Laut Amerika Syarikat berkata, misi mereka itu adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa dan komitmen mereka menegakkan "hak semua negara untuk melakukan penerbangan, pelayaran dan beroperasi di mana sahaja yang dibolehkan di bawah undang-undang antarabangsa."



Kapal perang USS Benfold mengulangi tindakannya memasuki perairan China pada 2022, termasuk berlayar melalui Selat Taiwan sekurang-kurangnya tiga kali dalam Julai tahun itu.



2021: Kapal perang Amerika Syarikat diberi amaran



Pada Mei 2021, Beijing memaklumkan, kapal perang USS Curtis Wilbur,secara haram telah memasuki perbatasan perairan China berhampiran Kepulauan Paracel.



Amerika Syarikat menafikan dakwaan itu.



"Tindakan Amerika Syarikat itu melanggar undang-undang antarabangsa dan asas perhubungan antarabangsa, mencetuskan risiko keselamatan serantau," menurut PLA dalam satu kenyataannya.



Angkatan Laut Amerika Syarikat menafikan kenyataan bahawa kapal perang pengangkut peluru berpandu pemusnah itu telah "diusir" oleh China.



USS Curtis Wilbur "patuh kepada hak dan kebebasannya melakukan pelayaran di sekitar Kepulauan Paracel, selaras dengan undang-undang antarabangsa, menurut kenyataan Armada Ke-7 Amerika Syarikat itu.



2018: Kapal perang nyaris berlanggar



Kapal perang pemusnah peluru berpandu Amerika Syarikat, USS Decatur, pada September 2018 berada terlalu dekat di perairan China yang dipertikaikan - di Laut China Selatan yang diduduki China tetapi turut didakwa oleh Vietnam, Taiwan dan Filipina sebagai milik mereka.



Angkatan Laut Amerika Syarikat dalam satu kenyataannya mengatakan dua buah kapal perang Amerika dan China berada pada jarak 41 meter, hanya beberapa detik saja dijangka akan berlanggar.



Kapal China "sedang melakukan operasi agresif dan memberi amaran kepada kapal Amerika supaya meninggalkan perairan itu."



2016: Dron Amerika Syarikat ditawan



China, pada Disember 2016 mengeluarkan dari dasar laut, dron Amerika di perairan antarabangsa, dilihat oleh kapal angkatan laut Amerika, USNS Bowditch, iaitu sebuah kapal peneroka lautan Amerika Syarikat.



Dron di bawah laut itu, yang menurut Pentagon sedang melakukan operasi yang sah, dikatakan mengumpul maklumat mengenai keadaan perairan - sekitar 50 batu nautika ke barat laut Subic Bay, Filipina.



Dron itu kemudian dipulangkan setelah Washington membuat bantahan rasmi.



Insiden itu disifatkan sebagai satu cabaran kepada pentadbiran Presiden Donald Trump ketika itu.



2001: Pulau Hainan



Satu pertikaian antarabangsa berlaku ekoran perlanggaran di udara antara pesawat risik Angkatan Laut Amerika, EP-3E dengan jet pejuang China, J-811, kira-kira 110 kilometer dari Pulau Hainan, China pada April 2001.



Jet pejuang China itu hilang bersama juruterbangnya yang dipercayai terbunuh.



Pesawat Amerika Syarikat yang lebih besar itu, telah melakukan pendaratan kecemasan tanpa izin, di Hainan selepas awalnya memusnahkan barang-barang yang sensitif.



Seramai 24 orang anggota tentera Amerika itu ditahan selama 11 hari dan Washington telah membayar balik perbelanjaan menjaga dan memberi makan kepada kru mereka.



1999: Amerika Syarikat mengebom kedutaan China



Ketegangan memuncak pada Mei 1999 apabila kedutaan China di Belgrade, Yugoslavia, dibedil dengan lima buah bom berpandu, mengakibatkan tiga orang terbunuh.



Menurut Amerika Syarikat, sasaran mereka sebenarnya adalah ke atas kemudahan ketenteraan Yugoslavia yang terletak berhampiran kedutaan China itu.



Presiden Bill Clinton meminta maaf kepada Beijing.



Pengarah Agensi Risik Pusat (CIA), Encik George Tenet kemudiannya mengaku kesilapan itu, namun motif sebenar serangan masih tidak diketahui hingga sekarang. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >