Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sultan Brunei bakal ke M’sia kali kedua, bincang hal pelaburan: Anwar

Jul 28, 2023 | 02:21 PM



PORT DICKSON: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan mengadakan lawatan ke Malaysia pada minggu depan, kali kedua semasa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Datuk Anwar pada program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan pada Khamis.

Datuk Anwar memaklumkan lawatan berkenaan antara lain bagi menandatangani perjanjian termasuk perjanjian pelaburan ke Malaysia yang pastinya memberi kesan positif kepada negara.

“Dalam masa lapan bulan saya jadi Perdana Menteri, sudah dua kali Sultan Brunei datang ke Malaysia.

“Kita buat kerja kita, pelaburan itu penting, tak ada pelaburan kita tak ada wang,” katanya memetik laporan Berita Harian Malaysia.


Sebelum ini, menurut Datuk Anwar, syarikat automotif China, Geely, juga menghantar surat kepada beliau memaklumkan berkenaan kerjasama pelaburan berjumlah AS$10 bilion ($13.31 bilion) untuk menjadikan Tanjung Malim, Perak, sebagai kota automobil terbesar di rantau ini.

“Kalau Perikatan Nasional (PN) nak jerit atau maki, Anwar bohong, tipu, saya nak beritahu surat itu saya boleh edarkan.

“Tengah hari tadi Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-chiu bawa separuh jemaah menteri dia bincang dengan kita termasuk untuk tingkatkan pelaburan dan pelancongan.

“Ini kerana dasar negara kita yang stabil,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >