Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SFA rampas 1.6 tan sayur, makanan diproses dari M’sia

May 08, 2024 | 03:30 PM



Agensi Makanan Singapura (SFA) merampas kira-kira 1.6 tan sayur-sayuran segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia, semasa operasi bersama Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Dalam satu kenyataan bersama pada 8 Mei, SFA dan ICA berkata mereka menjalankan operasi itu pada 2 dan 3 Mei, menyasarkan trak penghantaran sayur-sayuran memasuki Singapura, melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Trak ini biasanya mengangkut hasil yang diedarkan terus kepada peruncit dan pelanggan, kata agensi itu.

Semasa operasi itu, pegawai ICA mengarahkan dua trak ke SFA untuk pemeriksaan lanjut kerana mendapati ada percanggahan dalam barangan yang diangkut, kata kenyataan itu.

SFA menemui kira-kira 1.6 tan barangan yang tidak diisytiharkan, kurang diisytiharkan, seperti bayam, peria, tomato, lobak dan bawang kupas yang dibawa masuk oleh dua pengimport dalam kedua-dua trak itu. Semua barangan import haram itu dirampas.

Siasatan lanjut oleh SFA sedang dijalankan.

Di Singapura, buah-buahan dan sayur-sayuran hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen, dan setiap kiriman mesti diisytiharkan dan disertakan dengan permit import yang sah, kata agensi itu dalam kenyataan mereka.

Mereka menambah bahawa sayur-sayuran yang diimport secara haram adalah sumber yang tidak diketahui dan boleh menimbulkan risiko keselamatan makanan jika, sebagai contoh, tahap racun perosak yang tinggi digunakan.

SFA dan ICA berkata: “Pengambilan jangka panjang sisa racun perosak yang berlebihan melalui penggunaan sayur-sayuran yang menggunakan racun perosak, boleh membawa kepada kesan kesihatan yang buruk.”

Pesalah yang mengimport buah dan sayur segar secara haram boleh didenda sehingga $10,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang disabitkan kesalahan mengimport secara haram buah-buahan dan sayur-sayuran yang diproses boleh didenda sehingga $1,000, dan dalam kes sabitan berikutnya, didenda sehingga $2,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >