Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB: Serangan Israel di Rafah akan bawa malapetaka

May 08, 2024 | 01:28 PM



NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, merayu kepada Israel dan Hamas supaya berusaha mencapai perjanjian gencatan senjata, dan memberi amaran kepada Israel bahawa serangannya ke atas Rafah akan “menjadi satu kesilapan strategik, malapetaka politik, dan mimpi ngeri kemanusiaan”.


“Saya terganggu dan tertekan oleh kegiatan ketenteraan yang diperbaharui di Rafah. Penutupan lintasan Rafah dan Karem Shalom, terutamanya, merosakkan situasi kemanusiaan yang sudah teruk. Ia mesti dibuka semula dengan segera,” kata beliau.

Tentera Israel berkata ia menguasai bahagian Palestin di sempadan Rafah antara Gaza dengan Mesir pada 7 Mei, dengan pemimpin negara itu berikrar akan meneruskan rancangan menghapuskan Hamas di bandar paling selatan Gaza itu.

Serangan Israel itu berlangsung ketika rundingan gencatan senjata baru disambung di Kahirah, Mesir.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata operasi tenteranya itu adalah “langkah sangat penting ke arah memusnahkan keupayaan tentera Hamas yang masih berada di sana”.

Hamas dalam satu kenyataan berkata pencerobohan Israel itu akan menjejas rundingan gencatan senjata dan menyeru Amerika Syarikat serta masyarakat antarabangsa supaya memberi Israel tekanan agar menghentikan peningkatan konflik di Gaza.

Dalam satu taklimat, tentera Israel berkata ia telah mengadakan “kawalan operasi” di lintasan sempadan Rafah yang “mengikut risikan digunakan oleh Hamas”.

Lintasan Rafah adalah pintu masuk penting bagi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerusi Mesir.

Tidak jelas sama ada kehadiran kereta kebal dan askar Israel di lintasan itu telah menghentikan kemasukan bantuan kemanusiaan.

Namun, pemerintah Israel dalam kenyataannya mengatakan bantuan kemanusiaan masih diteruskan dan menyalahkan Hamas berkaitan isu kelaparan di Gaza.

Agensi kemanusiaan PBB berkata tentera Israel telah menyekat akses ke lintasan itu.

Dalam pada itu, Israel telah menghantar delegasi peringkat kedua ke Kahirah selepas pemimpin Hamas pada 6 Mei berkata mereka akan menerima cadangan gencatan senjata.

Namun, Israel berkata cadangan itu gagal memenuhi tuntutan asasnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >