Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas dunia makin 'panas'

Jul 16, 2022 | 07:45 AM



JUTAAN orang di serata dunia sedang mengalami kesan cuaca panas terutama di negara-negara berpenduduk miskin, namun mereka yang di negara-negara kaya juga tidak terkecuali.



Mengapa cuaca



kini begitu panas?



Sebenarnya, tidak ada satu pun kejadian di mana cuaca yang berlebihan mencetuskan gelombang haba, banjir dan kebakaran hutan.



Tetapi para saintis mengatakan perubahan iklim menjadikan cuaca beransur menjadi buruk.



"Apa yang kita saksikan sekarang adalah suatu yang merugikan, suatu keadaan masa hadapan," kata Cik Clare Nullis, seorang jurucakap bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pertubuhan Kajicuaca Sedunia (WMO) di Geneva.



Paras karbon dioksida di alam maya ini sudah mencapai tahap paling tinggi tahun lalu, sebahagian besarnya kerana semakin banyak bahan bakar digunakan bagi pemulihan ekonomi pasca Covid-19.



Malah setiap tahun paras pengeluaran asap itu terus meningkat, semakin dekat dunia ini mencapai tahap kehangatan 1.5 darjah Celsius sejak zaman sebelum revolusi perindustrian.



Paras itu, menurut sebuah panel cuaca PBB, tidak harus dilampaui demi mengelakkan terjadinya kesan-kesan cuaca yang lebih buruk.



Namun, paras membimbangkan itu akan sampai juga dalam masa satu dekad, menurut PBB.



Untuk mengelakkannya, lebih banyak pengeluaran asap mesti dibendung sepanjang dekad ini.



Seburuk mana cuaca sekarang?



Salah satu kejadian cuaca paling buruk adalah gelombang haba yang berlaku pada Mac hingga Mei, menjejas sebahagian besar India dan Pakistan.



Kejadian yang berlaku lebih awal itu bukan sahaja suatu hal yang jarang berlaku, malah berlarutan beberapa minggu dengan suhu di New Delhi, ibu kota India, mencecah 49 darjah Celsius dan Jacobabad di Pakistan pula mencapai 51 darjah Celsius.



Beberapa minggu kemudian, banjir buruk pula berlaku, menjejas jutaan penduduk di timur laut India dan Bangladesh.



Banjir paling buruk dalam beberapa dekad ini juga berlaku di selatan China, sementara gelombang haba memicu suhu mencecah 40 darjah Celsius di utara negara itu.



Cuaca buruk di Amerika Syarikat pula menjadikan seolah-olah negara itu terperangkap.



Puluhan juta orang mengalami keadaan gelombang haba dan kemungkinan minggu ini cuaca panas akan menjadi lebih buruk.



Banjir yang berlaku telah memusnahkan sebahagian daripada Taman Negara Yellowstone dan ribut serta kebakaran hutan pula menjadikan wilayah New Mexico huru-hara.



Di bahagian lain Atlantic pula, gelombang haba yang lebih buruk dan berlaku lebih awal telah menghangatkan Sepanyol, Perancis serta beberapa bahagian barat Eropah, dengan suhu terlalu tinggi hingga mengakibatkan kebakaran hutan dan kemarau buruk di rantau itu.



Di Singapura, cuaca lebih panas dan lembap menyebabkan keadaan kurang selesa kebelakangan ini, sedangkan biasanya rantau Asia Tenggara sekarang mengalami keadaan cuaca sejuk dan hujan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >