Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas darurat M'sia

Jan 13, 2021 | 05:30 AM



Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam beri perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia. Ia adalah darurat yang kesembilan pernah diisytiharkan dalam sejarah Malaysia.



Berikut adalah kronologi pengisytiharan darurat:



  • Darurat Tanah Melayu (1948-1960)

    Darurat Tanah Melayu telah diisytiharkan British di Malaya (Semenanjung Malaysia) dari tahun 1948 hingga 1960 bagi menangani pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM).

  • Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1964)

    Konfrontasi Indonesia-Malaysia merupakan konflik yang berlaku akibat penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia. Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan darurat apabila tentera Indonesia menceroboh masuk ke sempadan Malaysia.

  • Sarawak (1966)

    Kerajaan mengisytiharkan proklamasi darurat di Sarawak pada 14 September 1966 susulan krisis politik melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Ketua Menteri Sarawak pertama Tan Sri Stephen Kalong Ningkan.

  • Rusuhan Kaum (13 Mei 1969)

    Peristiwa 13 Mei merupakan insiden rusuhan kaum pada tahun 1969 susulan pilihan raya umum Malaysia pada tahun itu (gambar fail, atas). Parlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan dan kestabilan di dalam negara.

  • Kelantan (1977)

    Darurat diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Yahya Petra yang juga Sultan Kelantan ketika itu pada 8 November 1977. Pengisytiharan itu dibuat susulan krisis politik melibatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir.

  • Jerebu (1997, 2005 & 2013)

    Selain darurat yang berpunca daripada isu politik dan konflik antara kaum, darurat jerebu juga pernah diisytihar pada 1997 (Sarawak), 2005 (Klang) dan 2013 (Muar dan Ledang). Darurat itu dilaksanakan susulan pencemaran udara yang mencapai tahap berbahaya dan tidak sihat.

  • Darurat Parlimen Batu Sapi (2020)

    Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi pada 18 November tahun lalu. Pengisytiharan itu sekali gus membatalkan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi bagi mengekang dan menghalang berlakunya gelombang baru penularan pandemik Covid-19.

  • Darurat Parlimen Gerik dan DUN Bugaya (2020)

    Yang di-Pertuan Agong berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, pada 16 Disember lalu. Ia sekali gus membatalkan dan menangguhkan pilihan raya kecil (PRK) dua kerusi berkenaan yang dijadualkan serentak pada 16 Januari ini.

  • Pengisytiharan Proklamasi Darurat (2021)

    Yang di-Pertuan Agong beri perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia. Al-Sultan Abdullah turut berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.

Sumber: Harian Metro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >